الموضوع: Hikmah Ilahiyah Dalam Memilih Cara Untuk Menyampaikan..

النتائج 1 إلى 3 من 3

  1. افتراضي

    Tidak akan berhasil untuk meyakinkan kaum muslimin dengan Bayan Yang Hak bagi Al-Qur'an kecuali melalui cara hiwar bertulis..





    اقتباس المشاركة 191181 من موضوع Tidak akan berhasil untuk meyakinkan kaum muslimin dengan Bayan Yang Hak bagi Al-Qur'an kecuali melalui cara hiwar bertulis..

    >المصدر<


    الإمام ناصر محمد اليماني

    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani

    ــــــــــــــــــــــ


    لن ينجح إقناع المُسلمين بالبيان الحق للقرآن العظيم إلا بطريقة حوار القلم..

    Tidak akan berhasil untuk meyakinkan kaum muslimin dengan Bayan Yang Hak bagi Al-Qur'an kecuali melalui cara hiwar bertulis..

    اقتباس المشاركة :
    المشاركة الأصلية كتبت بواسطة ahmed2

    Postingan asal ditulis oleh ahmed2 (forumer)


    أنا العضو ahmed القديم لدي لكم كلمة أخيرة! أنتم تقولون أن ناصر محمد اليمانى هو المهدي تمام، ومحتاجون قناة على الفضائيات، وجمع تبرعات. لو أنتم صحيح نيتكم صادقة، لا مشاكل من قناة ولا غيره، الحل مثلاً تعمل الآتي: كل واحد عنده منتدى يحط رابط دعاية لهذا المنتدى تمام. و كذلك تعمل حلقات فديو مسجلة على اليوتيوب و تسجيل حلقات لناصر محمد اليماني بالصوت و الصورة وترفع على اليوتيوب و تكون مذاعة في غرف الشات مثلاً، وعمل قسم شات فى المنتدى وفى وقت معين ويوم معين تستضيف الأخ ناصر محمد اليمانى وتطرح عليه الناس الأسئلة ويقوم بالرد مباشرة على الشات أو تكون حلقات على الشات مباشرة، و يكون فى المنتدى قسم خاص بالفديو والتسجيلات وتنزل على هيئة حلقات فى النت. وكذلك تراسل أصحاب القنوات الفضائية الدينية بالفديوهات وما تقومون به من شرح وغيره وتعرض عليهم الفكرة. وكذلك لماذا لا تعمل مناظرة بين أحد شيوخ الأزهر و الأخ ناصر محمد اليماني في النت؟ او تراسل الأزهر عن طريق شخص مبعوث للأزهر أو بالايميل؟ لو كان كلامكم كله حق ولا تحتاجون مالاً أو جني ارباح!

    Saya Ahmed2 anggota forum yang lama, saya ada kata-kata terakhir buat kalian! Kalian mengatakan bahawa Naser Mohammed Al-Yamani adalah Al-Mahdi yang sebenar-benarnya, dan kalian memerlukan saluran chanel yang dipancar dari satelit-satelit, dan sedang mengumpulkan sumbangan untuk membelinya. Jika kalian ini betul dan benar niat kalian, tidak ada masalah bagi saluran chanel atau selainnya, penyelesaiannya sebagai contoh adalah seperti berikut:

    Setiap orang yang ada forum dapat meletakkan pautan untuk mempublikasikan forum Al-Mahdi ini dengan lengkap. Begitu juga dengan membuat halaqah-halaqah video yang dirakam melalui Youtube, dengan merakamkan halaqah-halaqah untuk Naser Mohammed Al-Yamani dengan suara dan gambarnya kemudian diupload di YouTube, lalu disebarkan di bilik-bilik sembang ruang chating contohnya, atau dengan membuat ruang chating di forum.

    Kemudian pada waktu dan hari yang tertentu, saudara Naser Mohammed Al-Yamani dapat berada di situ buat melayani orang-orang, dengan menjawab secara langsung pertanyaan-pertanyaan yang dilontarkan kepadanya diruang chating, atau pada siri-siri halaqah chating secara langsung, dan di forum pula ada bahagian khas dengan rakaman-rakaman video, dan dapat dimuat turun dalam bentuk halaqah-halaqah di internet.

    Begitu juga surat-menyurat dan komunikasi untuk pemilik saluran-saluran keagamaan di chanel satelit dengan menghantarkan kepada mereka video-video rakaman, bagi menjelaskan apa yang kalian lakukan atau untuk selain itu, juga untuk menawarkan dan menunjukkan idea dan gagasan kalian.

    Begitu juga mengapa tidak diadakan debat antara salah seorang Syaikh Al-Azhar dengan saudara Naser Mohammed Al-Yamani di internet? Atau komunikasi dengan Al-Azhar melalui surat-menyurat yang dapat dihantar oleh seseorang ke sana ataupun melalui e-mail? Jika semua yang kalian ucapkan adalah benar, bukan kerana memerlukan wang atau untuk mengaut keuntungan!

    انتهى الاقتباس


    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
    { وَلاَ يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ هُوَ خَيْراً لَّهُمْ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَّهُمْ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُواْ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلِلّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ }
    صدق الله العظيم

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

    Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya itu menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di leher mereka pada Hari Kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan [yang ada] di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kalian kerjakan. (180)

    Maha Benar Allah
    [Keluarga Imran]


    وقال الله تعالى:
    { فَلَمَّا آتَاهُم مِّن فَضْلِهِ بَخِلُواْ بِهِ وَتَوَلَّواْ وَّهُم مُّعْرِضُونَ }
    وقال الله تعالى:
    { قُل لَّوْ أَنتُمْ تَمْلِكُونَ خَزَآئِنَ رَحْمَةِ رَبِّي إِذاً لَّأَمْسَكْتُمْ خَشْيَةَ الإِنفَاقِ وَكَانَ الإنسَانُ قَتُوراً }
    وقال الله تعالى:
    { هَاأَنتُمْ هَؤُلَاء تُدْعَوْنَ لِتُنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَمِنكُم مَّن يَبْخَلُ وَمَن يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَن نَّفْسِهِ وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنتُمُ الْفُقَرَاء وَإِن تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْماً غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ }
    وقال الله تعالى:
    { الَّذِينَ يَبْخَلُونَ وَيَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبُخْلِ وَمَن يَتَوَلَّ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ }

    صدق الله العظيم


    Firman Allah Ta'ala:

    Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari karunia-Nya, mereka kikir dengan karunia itu, dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi [kebenaran]. (76)
    [At-Taubah]

    Firman Allah Ta'ala:

    Katakanlah: "Kalau seandainya kalian menguasai khazanah rahmat Tuhanku, niscaya khazanah itu kalian tahan, karena takut membelanjakannya". Dan adalah manusia itu sangat kikir. (100)
    [Al-Israa']

    Allah Ta'ala berfirman:

    Ingatlah, kalian ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan [hartamu] pada jalan Allah. Maka di antara kalian ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kalianlah orang-orang yang membutuhkan [Nya]; dan jika kalian berpaling niscaya Dia akan mengganti [kalian] dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kalian [ini]. (38)
    [Muhammad]

    Allah Ta'ala berfirman:

    Orang-orang yang kikir dan menyuruh manusia berbuat kikir. Dan barangsiapa yang berpaling [dari perintah-perintah Allah] maka sesungguhnya Allah Dia-lah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (24)
    [Al-Hadid]

    Maha Benar Allah



    وأنت منهم يا أبخل الناس ومن كان على شاكلتك! فهذا هو ظنهم في الناس كظنهم في أنفسهم من الذين رضوا بالحياة الدُّنيا وذلك مبلغهم من العلم، فهل رأيت قيمة القناة المطلوبة قد استوفيناها ولم نفي؟! وقال الله تعالى:
    { فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنفِقُوا خَيْراً لِّأَنفُسِكُمْ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ } صدق الله العظيم

    Engkau termasuk kalangan mereka wahai manusia yang paling bakhil, begitu juga orang-orang yang kedekut sepertimu! Inilah dia dugaan mereka pada orang-orang, seperti sangkaan mereka pada diri mereka sendiri, dari kalangan orang-orang yang puas dengan kehidupan dunia, itulah puncak pencapaian ilmu mereka, apakah engkau lihat kami telah dapat mengumpulkan nilai sebuah saluran chanel yang diperlukan itu?!

    Allah Ta'ala berfirman:

    Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupan kalian dan dengarlah serta ta’atlah; dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk diri kalian. Dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya maka mereka itulah orang-orang yang beruntung. (16)
    Maha Benar Allah
    [At-Taghaabun]


    ولكنك من الذين قال الله عنهم في محكم كتابه:
    { الَّذِينَ يَبْخَلُونَ وَيَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبُخْلِ وَمَن يَتَوَلَّ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ } صدق الله العظيم

    Akan tetapi engkau ini termasuk kalangan yang Allah berfirman mengenai perkara mereka itu dalam Muhkam Kitab-Nya:

    Orang-orang yang kikir dan menyuruh manusia berbuat kikir. Dan barangsiapa yang berpaling [dari perintah-perintah Allah] maka sesungguhnya Allah Dia-lah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (24)
    Maha Benar Allah
    [Al-Hadid]


    فلم يجعلني الله بأسف من هم على شاكلتك من عبدت الدينار من الذين يودون لو يصلي ألف ركعة ولا ينفق ديناراً واحداً في سبيل الله، أولئك ما كان لهم أن ينالوا محبة الله أبداً، فلا يجتمعان حُب الله وحب الدُنيا في قلب عبدٍ أبداً، فقد علمنا ما تقصده بقولك:

    Allah tidak menjadikanku menyesali orang yang sepertimu dari kalangan penyembah dinar, dari kalangan orang-orang yang lebih suka sekiranya mereka melaksanakan sholat sebanyak 1000 rakaat, dari memberikan infaq sebanyak 1 dinar di Jalan Allah.

    Mereka itulah orang-orang yang tidak mendapatkan cinta Allah selamanya, kerana cinta Allah dan cinta dunia tidak dapat berkumpul dalam hati seorang hamba selama-lamanya, sungguh kami telah mengetahui apa yang engkau maksudkan pada perkataan yang engkau ucapkan:

    اقتباس المشاركة :

    أنا العضو ahmed القديم لدي لكم كلمة أخيرة! أنتم تقولون أن ناصر محمد اليماني هو المهدي تمام؟ ومحتاجون قناة على الفضائيات وجمع تبرعات. لو انتم صحيح نيتكم صادقة..

    Saya Ahmed anggota forum yang lama, saya ada kata-kata terakhir buat kalian! Kalian mengatakan bahawa Naser Mohammed Al-Yamani adalah Al-Mahdi yang sebenar-benarnya, dan kalian memerlukan saluran chanel yang dipancar dari satelit-satelit, dan sedang mengumpulkan sumbangan untuk membelinya. Jika kalian ini betul dan benar niat kalian..

    انتهى الاقتباس

    اِنتهى الإقتباس

    Selesai petikan


    ويا من يؤذينيا بغير الحق تذكر قول الله تعالى:
    { وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا } صدق الله العظيم

    Wahai orang yang mengganggu dan menyakitiku tanpa alasan yang benar, ingatlah akan firman Allah Ta'ala:

    Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata. (58)
    Maha Benar Allah

    [Al-Ahzab]


    فمن يُنجيك من عذاب يوم عقيم؟ ولو أنك صمتت لكان خيراً لك لأنك تكلمت ولم تقُل خيراً فظلمت نفسك، ولسوف أخبرك بآية تراها في نفسك، فوالذي نفس الإمام ناصر محمد اليماني بيده أنها لا تدمع عينك من بعد اليوم من ذكر الله وسوف يجعل الله قلبك أشدّ قسوة من الحجارة! فلا يخشع لذكر الله حتى تتوب إلى الله متاباً، والذي أغضبني منك هو فتواك فينا بالباطل فتقول: "إنما نجعلها دعوة إلى الله ظاهر الأمر وأما في السر إنما نريد بها الدُنيا حيلة لكسب المال". فما أعظم إفكك وإفتراءك عند الله واكتسبت بُهتاناً وأثماً عظيماً.

    Lalu siapakah yang akan menyelamatkanmu dari azab pada Yaum 'Aqim -hari yang penuh ketandusan-? Sekiranya engkau diam tentu lebih baik untukmu, kerana engkau telah berkata-kata namun engkau tidak mengatakannya dengan ucapan yang baik, maka engkau telah menzalimi dirimu sendiri, kelak aku akan khabarkan kepadamu tanda yang dapat engkau lihat pada dirimu.

    Demi Dzat yang memegang jiwa Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani dalam genggaman kekuasaan-Nya, bahawasanya matamu tidak akan mengalirkan air mata selepas hari ini kerana mengingati Allah, dan kelak Allah akan membuatkan hatimu menjadi lebih keras dari batu! Engkau tidak akan dapat khusyu' kerana mengingati Allah sehinggalah engkau bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat.

    Apa yang membuatkan aku marah padamu adalah kenyataanmu terhadap kami dengan batil:

    Bahawa kami menjadikan seruan dakwah menuju Allah ini hanya sebagai luaran sahaja, adapun secara rahsia, kami hanya menginginkan keduniaan dengan seruan dakwah ini, sebagai helah untuk mendapatkan harta.

    Betapa besarnya kebohongan dan kedustaanmu di sisi Allah, engkau telah membuat tuduhan dusta dan berdosa besar.


    فوالله الذي لا إله غيره رب السماوات والارض وما بينهما ورب العرش العظيم لا يهمني ملكوت الدُنيا والآخرة شيئاً وإنما أناضل لتحقيق النعيم الأعظم الذي تجهل قدره ولا تحيط بسره يا من أعرضت عن رضوان الله.

    Maka demi Allah, Dzat yang tidak ada tuhan lain yang berhak disembah selain Dia, Tuhan langit dan bumi beserta segala sesuatu yang ada antara keduanya, Tuhan Pemilik Arasy yang agung, kerajaan dunia dan akhirat tidak penting bagiku sedikitpun.

    Aku hanya bekerja keras untuk merealisasikan An-Na'eem Al-A'dhom, berjuang agar Kenikmatan Redha Allah dalam Diri-Nya terhadap hamba-hamba-Nya menjadi nyata, engkau tidak mengenal dan tidak mengagungkan An-Na'eem Al-A'dhom, dan tidak pula engkau mengetahui rahsia-Nya wahai orang yang berpaling dan menjauh dari Keredhaan Allah.



    وأما بالنسبة لإقتراحاتك التي أدليت بها فلو وضعتها من غير قذف وبُهتان لأفتيناك لماذا لم نفعل ذلك إلى حد الآن، فوالله الذي لا إله غيره أني مأمور أن أحاوركم بهذه الطريقة إلى حد الآن، وأما بالنسبة للقناة الفضائية فلم نعدكم أنها للحوار أبداً، بل قلنا لئن قدر الله ومكننا من شرائها فسوف نستخدمها للتبيلغ بهذا النبإ العظيم إلى العالمين ليفروا من الله إليه فقد اقترب اليوم العقيم وهم عن ذكرهم القرآن العظيم مُعرضون إلا من رحم ربي..

    Adapun mengenai cadangan dan saranmu yang engkau nyatakan, seandainya engkau menbawanya tanpa ada fitnah dan tuduhan dusta, nescaya kami fatwakan kepadamu mengapa kami tidak berbuat seperti itu hingga kini, demi Allah, Dzat yang tiada tuhan lain yang berhak disembah kecuali Dia, sesungguhnya aku diperintahkan untuk hiwar bersama kalian dengan cara seperti ini sampai sekarang.

    Adapun mengenai saluran chanel satelit, kami tidak menyediakannya untuk hiwar dengan kalian selama-lamanya, bahkan telah kami nyatakan jika sekiranya Allah menetapkan dan memberikan kemampuan kepada kami untuk membelinya, maka kelak kami hanya akan menggunakannya untuk menyampaikan Berita Besar ini kepada seluruh dunia.

    Supaya semua manusia melarikan diri dari kemaksiatan mereka terhadap Allah menuju ketaatan mereka kepada –Nya, kerana sesungguhnya Hari Yang Amat Tandus itu telah dekat, sedang manusia itu berpaling dari peringatan Al-Qur'an kecuali orang yang dirahmati Tuhanku..



    وأما بالنسبة للحوار فـلن ينجح إقناع المُسلمين بالبيان الحق للقرآن العظيم إلا بطريقة حوار القلم، وأما الحوار المُباشر فمثله كمثل الإتجاه المُعاكس فسرعان ما يقاطعني من قبل أن أكمل سُلطان علمي، بل سوف ينسى ما نطقت به من سُلطان العلم الملفوظ أثناء الحوار، ولكن الحوار المحفوظ الصامت بالقلم ففيه حكمة بالغة، فلن يستطيع من يحاورني أن يقاطعني شيئاً، فليس له إلا أن يستمع إلى منطق العلم المكتوب فيتدبر بيان ناصر محمد اليماني ومن ثم يقره عقله إن كان هو الحق أو ينكره إن كان لا يقبله العقل والمنطق، أفلا تعلم أن سبب سيطرة الإمام ناصر محمد اليماني على عُلماء الأمة والمُسلمين الذين أظهرهم الله على أمرنا هو بسبب حوار القلم المكتوب؟ لأنهم يتفاجؤون بسُلطان علم مقنع لعقولهم حتى نُزلزل عقيدة الباطل في قلوبهم، فإذا لم أقنعهم فتجدهم أضعف الإيمان يصمتون فيكفونا شرّهم وأذاهم خشية أن أكون حقاً المهدي المنتظر، كون بياني برغم غرابته عليهم بادئ الأمر ومن ثم تقبلته عقولهم و سلمت له أنه منطقي يقبله العقل بسبب قوة الحُجة والبُرهان المبين غير أنهم لم يكونوا من الموقنين بعد، وأما لو كان الحوار مُباشراً فمجرد ما أقول ألا وأنه لا عذاب في القبر بل العذاب من بعد الموت هو في النار على الروح من دون الجسد.. ألا وأن الصلاة ركعتان فرضاً لكل صلاة.. ألا وإني لكافر بعقائدكم في فتنة المسيح الكذاب أن الله يؤيده بحقائق آياته فيقول يا سماء أمطري فتمطر ويا أرض أنبتي فتنبت.. ولن يُحيي نفساً من بعد موتها وما يُبدئ الباطل وما يُعيد.. لقال الذين لا يطيقون الصبر والإنتظار: "قاتلك الله أيها المهدي المنتظر الكافر! فهل تُريد أن تُبدل ديننا الذي جاء به نبينا؟!" وحتى ولو قال لهم ناصر محمد اليماني: مهلاً مهلاً.. دعوني أكمل ما عندي من العلم لأهديكم به إلى الصراط المُستقيم.. لقالوا: "بل اِذهب أنت وعلمك إلى الجحيم! بل أنت كذاب أشر وليس المهدي المنتظر.." ومن ثم لا يزيدهم بعث المهدي المنتظر بالبيان الحق للذكر الحق من ربهم إلا رجساً إلى رجسهم، ومن ثم يحق الله القول عليهم.

    Adapun mengenai hiwar, maka tidak akan berhasil meyakinkan orang-orang Islam dengan Bayan Yang Hak bagi Al-Qur'an yang agung kecuali dengan cara berhiwar melalui tulisan, adapun berhiwar secara langsung, maka permisalannya seperti persimpangan yang berlainan arah, dengan cepat orang yang hiwar dapat memotongku sebelum aku selesai menyampaikan bukti ilmu pengetahuanku.

    Bahkan kelak dia akan lupa hukum keputusan yang aku nyatakan dari bukti ilmu pengetahuan yang telah aku ucapkan semasa hiwar, akan tetapi hiwar yang terjaga dan senyap dengan pena, maka padanya terdapat hikmah yang sempurna, kerana sesiapa yang berhiwar denganku tidak akan dapat memotong kata-kataku sedikitpun, tiada baginya selain memberi perhatian terhadap logika dari ilmu pengetahuan yang tertulis.

    Lalu dia berfikir merenungkan keterangan Naser Mohammed Al-Yamani, kemudian akalnya akan mengakui keterangan itu jika ianya benar, ataupun akalnya akan mengingkarinya sekiranya keterangan itu tidak dapat diterima oleh akal fikiran lagi tidak logik, tidakkah engkau tahu bahawa penyebab penguasaan Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani ke atas para ulama umat dan kaum muslimin yang Allah zahirkan urusan kami kepada mereka adalah disebabkan oleh hiwar dengan ucapan yang ditulis?

    Kerana mereka akan terkejut dengan bukti ilmu pengetahuan yang benar lagi meyakinkan, yang dapat diterima oleh akal fikiran mereka sehingga kami goncangkan akidah kepercayaan batil dalam hati mereka, dan tatkala aku tidak dapat memuaskan hati dan meyakinkan mereka, maka engkau dapati mereka yang selemah-lemah iman itu akan senyap hingga kami terhindar dari bahaya dan kejahatan mereka, yang kegusaran dan takut sekiranya aku ini benar-benar Al-Mahdi yang dinanti.

    Kerana keteranganku ini, meskipun ianya pelik dan ganjil bagi mereka membuat mereka hairan pada awalnya, namun setelah itu akal fikiran mereka akan menerima dan mengakui kebenarannya, kerana ia logik dan masuk akal dengan sebab hujjah yang kuat dan bukti yang nyata, meskipun mereka ini belum termasuk kalangan orang-orang yang meyakini.

    Adapun sekiranya hiwar dibuat secara langsung, sebaik sahaja aku menyatakan:

    Ketahuilah bahawasanya tidak ada seksa kubur, namun azab seksaan setelah kematian adalah di Neraka ke atas ruh tanpa jasad..

    Ketahuilah bahawasanya sholat adalah dua rakaat fardhu bagi setiap sholat..

    Ketahuilah bahawasanya aku mengingkari akidah kalian mengenai Al-Masih Al-Kadzdzaab (Dajjal), yang" mana kalian percaya Allah mendukungnya dengan hakikat-hakikat dari ayat-ayatNya, hingga Dajjal dapat mengatakan "Wahai langit, turunkan hujan, lalu langit menurunkan hujan, wahai bumi, tumbuhkanlah tanaman, lalu bumi menumbuhkan tanaman.. padahal Dajjal tidak akan dapat menghidupkan orang mati, kerana yang batil itu tidak akan dapat memulai dan tidak dapat mengulangi.. "

    Maka sebaik-sahaja aku berucap seperti itu, nescaya orang-orang yang tidak dapat menahan kesabaran dan menunggu tentu mengatakan:

    "Semoga Allah membinasakan dan melaknat engkau wahai Imam Mahdi yang kafir! Adakah engkau mahu mengubah agama kami yang dibawa oleh Nabi?!".

    Bahkan sekalipun Naser Mohammed Al-Yamani mengatakan kepada mereka:

    Tenang, nanti dulu.. biar aku selesai menyampaikan apa yang ada padaku dari ilmu pengetahuan, supaya dengannya aku dapat tunjukkan kalian Jalan Yang Lurus..

    Tentu mereka akan berkata:

    "Bahkan pergilah engkau dan ilmumu ke Neraka Jahannam! Bahkan engkau ini seorang pendusta yang amat sombong, bukanlah Al-Mahdi Al-Muntazhar..".

    Lalu, tiadalah bertambah bagi mereka perutusan Al-Mahdi Al-Muntazhar dengan Bayan Yang Hak bagi Al-Qur'an itu melainkan bertambahnya kekafiran mereka disamping kekafiran yang ada, lalu kemudian Allah memastikan azab hukuman menjadi nyata terhadap mereka.



    ألا والله لا أخشى من إعراض الكُفار في الحوار المباشر الذين لم يكونوا مؤمنين من قبل بالقرآن العظيم لأنهم قد يستمعون القول فيهديهم الله.. بل لا أريد الحوار المباشر لأني أخشى على المُسلمين، لأن منهم من هو أشدّ كفراً من الكفار بأحكام الله في القرآن العظيم، فهم لا يريدون إلا أن يتبعوا ما وجدوا عليه آباءهم! وأما القرآن فعقيدتهم فيه أنه لا يعلم تأويله إلا الله، فلبئس ما يأمرهم به إيمانهم.

    Ingatlah, demi Allah aku tidak khuatir keberpalingan orang-orang kafir dalam hiwar secara langsung, dengan orang-orang yang sebelum ini memang tidak percaya dengan Al-Qur'an yang agung, kerana mereka itu mungkin sahaja mendengarkan perkataan lalu Allah menunjuki mereka.. akan tetapi, aku tidak mahu berhiwar secara langsung kerana aku khuatir terhadap kaum muslimin.

    Ini kerana di kalangan kaum muslimin itu ada orang-orang yang lebih dahsyat keingkarannya dari orang kafir terhadap hukum hakam Allah dalam Al-Qur'an yang agung, kerana mereka hanya mahu mengikuti tinggalan nenek moyang mereka sahaja, tidak selain itu! Adapun Al-Qur'an, maka akidah mereka terhadapnya adalah "tiada yang tahu takwilnya selain Allah", maka alangkah buruknya perkara yang diperintahkan oleh keimanan mereka itu.



    ويا رجل والله الذي لا إله غيره أن الحوار عن طريق طاولة الحوار العالمية هو بأمر من الله، بل حتى أن أحاوركم بالكتابة ولم يأمرني ربي بغير ذلك، وإنما القناة إذا قدر الله شراءها فلن نعدّها للحوار، فمن قال لك هذا؟ لأنها سوف تصبح إتجاهاً معاكساً! بل نريدها لتبليغ البيان الحق للقرآن العظيم وتفصيله للعالمين لمن شاء منهم أن يستقيم..

    Wahai lelaki, demi Allah, tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Dia, sesungguhnya berhiwar melalui meja bundar hiwar antarabangsa ini adalah dengan perintah Allah, bahkan sehingga berhiwar dengan kalian melalui penulisan ini juga dengan perintah-Nya, Tuhanku tidak memerintahkanku selain dari itu.

    Adapun saluran chanel, ketika datang ketetapan Allah membelinya, kami tidak akan menyediakan saluran chanel itu untuk hiwar, siapa pula yang berkata begitu padamu? Kelak ianya akan menjadi jalan yang berlainan arah!

    Namun kami menginginkannya untuk menyampaikan Bayan Yang Hak bagi Al-Qur'an yang agung, beserta penjelasan mengenainya kepada seluruh dunia, bagi sesiapa di antara mereka yang berkehendak untuk menempuh Jalan Yang Lurus..



    وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله رب العالمين.

    أخو الأنصار السابقين الأخيار المهدي المنتظر الإمام ناصر محمد اليماني

    Salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala pujian
    hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam.


    Saudara Pendahulu Anshar Yang Baik, Al-Mahdi Al-Muntazhar
    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani


    ـــــــــــــــــــــ

    sumber:
    https://nasser-alyamani.org/showthread.php?p=1709

    اضغط هنا لقراءة البيان المقتبس..

  2. افتراضي

    Allah tidak akan mempertahankan dan melindungiku meskipun aku ini Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak, jika sekiranya aku mengikuti hawa nafsu kalian..



    اقتباس المشاركة 187732 من موضوع Allah tidak akan mempertahankan dan melindungiku meskipun aku ini Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak, jika sekiranya aku mengikuti hawa nafsu kalian..


    >المصدر<

    الإمام ناصر محمد اليماني
    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    04 - 10 - 1430 هـ
    24 - 09 - 2009 مـ
    01:49 صــباحاً
    ـــــــــــــــــــ



    فلن يُدافع الله عني وحتى إن كنت المهديّ المنتظَر الحقِّ لو اتَّبعت أهواءكم..
    سَلامٌ عَلَيْكُمْ لا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ..


    Allah tidak akan mempertahankan dan melindungiku meskipun aku ini Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak, jika sekiranya aku mengikuti hawa nafsu kalian..
    Salam ke atas kalian, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil..


    بسم الله الرحمن الرحيم
    {وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلامٌ عَلَيْكُمْ لا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ}
    صدق الله العظيم [القصص:55].

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

    Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfa’at, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil". (55)

    Maha Benar Allah
    [Al-Qasas]



    ويا معشر المُكذّبين للبيان الحقّ للقرآن العظيم، إننا قد أوردنا ما يثبت مصداقية ما ندّعيه بالحقِّ بسُلطان العلم لعلّكم تتقون الله فتكونون مع الصادقين، وإن كنتم تروننا من الكاذبين وأنتم الصادقون فقال الله تعالى:
    {قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ}
    صدق الله العظيم [البقرة:111].

    Wahai sekalian orang-orang yang mendustakan bayan yang hak bagi Al-Qur'an yang agung, sesungguhnya kami telah menyatakan perkara yang meneguhkan kredibiliti terhadap pengakuan kami dengan hak, dengan disertai bukti ilmu pengetahuan mudah-mudahan kalian bertakwa kepada Allah, agar kalian menjadi teguh bersama orang-orang yang benar.

    Namun sekiranya kalian mendapati kami ini termasuk kalangan para pendusta sedang kalianlah orang-orang yang benar, maka Allah Ta'ala berfirman:

    Katakanlah: "Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar". (111)

    Maha Benar Allah
    [Al-Baqarah]



    وأما بالنسبة لقولكم أنَّ المهدي يُبايع عند البيت العتيق من قبل التصديق، فلدينا سؤالٌ لكم: فهل ترون أنّه لو يظهر المهديّ المنتظَر عند البيت العتيق فيقول: يا معشر المُسلمين إني أنا المهديّ المنتظَر فبايعوني، فهل ترون أنه سوف يأتي إليه الحاضرون في المسجد الحرام فيقولون بايعناك فلطالما انتظرنا ظهورك في المسجد الحرام على أحرّ من الجمر لكي نُبايعك؟ بل والله إنّكم أنتم الكاذبون، فلو ظهرنا للمبايعة من قبل التصديق عند البيت العتيق فإنكم لن تبايعونني أبداً ولا حتى مُسلماً واحداً لأنّ هذا مُخالف للعقل والمنطق، ولهم الحقّ أن لا يبايعونه فما يدريهم أنّه المهديّ المنتظَر؟ فحتماً يجب أن تكون دعوته للحوار من قبل الظهور، ومن بعد التصديق يظهر لكم عند البيت العتيق، وهذا هو حكم العقل والمنطق ولكنكم لا تعقلون ولا تتفكرون! كيف يظهر لكم للمبايعة! فما يدريكم هل هو المهديّ المنتظَر أم كذّاب أشِر برغم أنه لو يظهر للمبايعة حسب زعمكم في المسجد الحرام فحتماً سيلقون القبض عليه مُباشرةً، ولربما يرفسه بنعالهم أمْنُ المسجد الحرام. ألا والله إن لهم الحقّ أن يرفسوه بنعالهم رفساً لأنه لو كان المهديّ المنتظَر الحقّ لما ظهر للمبايعة من قبل التصديق، بل المهديّ المنتظَر الحقّ يدعو البشر للحوار في عصر الظهور ومن بعد التصديق يظهر لهم عند البيت العتيق وهم قد عرفوا صورته الحقّ وقد علموا بسلطان علمه عبر وسيلة الحوار العالميّة، فمجرد ما يظهر لهم من بعد التصديق عند البيت العتيق يخرّوا له ساجدين، وليس سجود الجبين بل تخضع له الأعناق سجوداً لأمر الله أن يطيعوا خليفة ربهم فيقعوا له ساجدين.

    Adapun mengenai ucapan kalian bahawa Al-Mahdi kelak akan dibai'ah di sisi Ka'bah sebelum adanya pembenaran, maka kami punya pertanyaan buat kalian:

    Apakah kalian berpendapat bahawa jika Al-Mahdi Al-Muntazhar menzahirkan dirinya di sisi Ka'bah dengan mengatakan: "Wahai sekalian muslimin, sesungguhnya aku adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar, oleh itu berbai'ahlah kalian semua kepadaku".

    Maka apakah kalian berpendapat bahawa kelak orang-ramai akan datang ke Masjidilharam lalu mengatakan: "Kami berbai'ah kepadamu, tentu sahaja kami ini telah menunggu kemunculanmu dengan resah gelisah di Masjidilharam agar kami dapat berbai'ah kepadamu?".


    Bahkan demi Allah, sesungguhnya kalianlah yang dusta, kerana sekiranya kami muncul untuk dibai'ah sebelum adanya pembenaran di sisi Ka'bah, tentu sahaja kalian tidak akan berbai'ah kepadaku selama lamanya, bahkan tiada seorang muslim pun yang akan berbai'ah, kerana demikian ini bertentangan dengan akal fikiran dan logika.

    Mereka punya hak untuk tidak membai'ahnya kerana bagaimana mereka dapat tahu bahawa dia adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar? Pastilah seruan dakwahnya untuk hiwar wajib ada sebelum muncul, dan setelah adanya pembenaran barulah dia akan menampakkan dirinya kepada kalian di sisi Ka'bah, ini adalah hukum keputusan akal dan logika akan tetapi kalian tidak menggunakan akal fikiran dan tidak memikirkan
    !


    Bagaimana dia akan menampakkan dirinya kepada kalian untuk dibai'ah! Bagaimana kalian dapat mengetahui adakah dia Al-Mahdi Al-Muntazhar atau dia seorang yang amat pendusta lagi sombong, sungguhpun sekiranya dia muncul untuk dibai'ah sebagaimana menurut persangkaan kalian di Masjidilharam, maka tentulah dia akan ditangkap dan langsung dicekup, boleh jadi para penjaga keamanan di Masjidilharam akan tendang dia dengan sandal mereka.

    Ketahuilah demi Allah, mereka punya hak untuk menendangnya dengan sandal mereka sebenar-benarnya kerana orang itu, jika benar dia adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak, tentu sahaja dia tidak akan muncul untuk dibai'ah sebelum adanya pembenaran.


    Bahkan Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak akan menyeru manusia untuk hiwar pada era kemunculannya, dan setelah adanya pembenaran baru dia akan muncul menampakkan diri di Ka'bah, yang mana mereka semua telah mengenali wajahnya yang sebenar, dan mereka telah meyakini bukti ilmu pengetahuannya melalui jalan hiwar antarabangsa.

    Sebaik selepas dia menampakkan dirinya kepada mereka setelah adanya pembenaran, maka mereka semuanya tunduk sujud padanya, bukan sujud dengan dahi mereka namun leher-leher mereka tertunduk semata-mata mentaati perintah Allah untuk taat kepada Khalifah dari Tuhan mereka, maka mereka menundukkan diri mereka kepadanya kerana ketaatan dan kepatuhan.



    وذلك يوم البيعة العامة للمُسلمين والناس أجمعين، وأما البيعة الخاصة في طاولة الحوار فهي للأنصار السابقين الأخيار في عصر الحوار من قبل الظهور، فمنهم نختار بإذن الله الوزراء المُكرمين يوم نُناديهم بأسمائِهم عند المسجد الحرام على مسمعٍ من البشر جميعاً من الذين شَدّوا أزري فقد أشركهم الله في أمري وجعلهم من وزراء المهديّ المنتظَر وجعلهم من ولاتنا على دول البشر ليأمروا بالمعروف وينهوا عن المنكر.

    Demikian itu merupakan hari berbai'ah yang umum untuk kaum muslimin dan manusia seluruhnya, adapun bai'ah khas di meja bundar hiwar, maka ianya untuk para anshar pendahulu yang terbaik di era hiwar sebelum muncul, maka di antara mereka itu dengan izin Allah kami pilih sebagai wazir-wazir para pembantu mulia, pada hari kami panggil dan seru nama-nama mereka di Masjidilharam di hadapan manusia-manusia yang hadir semuanya.

    Mereka adalah dari kalangan orang-orang yang telah meneguhkan kekuatanku, sesungguhnya Allah telah menjadikan mereka turut serta dalam urusanku, menjadikan mereka wazir-wazir para pembantu Al-Mahdi Al-Muntazhar, dan menjadikan mereka sebagai para penguasa di negara-negara dunia, agar mereka melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar –memerintah kepada perkara kebaikan dan mencegah terjadinya perkara kemungkaran.



    ولكن لو صدقني المسلمون جميعاً أو حتى هيئة كُبار العلماء لما قلنا لهم بايعوني في طاولة الحوار في الكمبيوتر؛ بل سوف أظهر مُباشرةً من بعد التصديق عند البيت العتيق. وإنما البيعة في الكمبيوتر في طاولة الحوار خاصّة للأنصار السابقين الأخيار في عصر الحوار من قبل الظهور ومن بعد التصديق أظهر للمسلمين والناس أجمعين في الموقع المُقرر لظهور المهديّ المنتظَر للبيعة العامة، فلا تكونوا من الجاهلين.

    Akan tetapi, sekiranya semua kaum muslimin membenarkanku atau bahkan Dewan Senior Para Ulama, tentu sahaja kami tidak mengatakan kepada mereka "Berbai'ahlah kepadaku di meja bundar hiwar dalam komputer; bahkan kelak aku akan terus menampakkan diri setelah adanya pembenaran di sisi Ka'bah.

    Sesungguhnya bai'ah dalam komputer di meja bundar hiwar hanyalah khusus untuk para anshar pendahulu yang terbaik di era hiwar sebelum muncul
    , setelah adanya pembenaran barulah aku akan menampakkan diri kepada kaum muslimin dan manusia seluruhnya, di tempat yang telah ditetapkan bagi kemunculan Al-Mahdi Al-Muntazhar untuk dibai'ah secara umum, maka janganlah kalian menjadi termasuk kalangan yang tidak mengetahui.



    ولي سؤال تكرر في هذا البيان في أوله وأكرره في آخره ونقتبسه من أول البيان مرة أخرى:

    وأما بالنسبة لقولكم إنَّ المهدي يُبايع عند البيت العتيق من قبل التصديق، فلدينا سؤالٌ لكم: فهل ترون أنّه لو يظهر المهديّ المنتظَر عند البيت العتيق فيقول: يا معشر المُسلمين إني أنا المهديّ المنتظَر فبايعوني، فهل ترون أنه سوف يأتي إليه الحاضرون في المسجد الحرام فيقولون بايعناك فلطالما انتظرنا ظهورك في المسجد الحرام على أحرّ من الجمر لكي نُبايعك؟ فهل هذا منطقيٌّ يا أولي الألباب؟


    Aku ada pertanyaan yang sama dalam bayan ini pada permulaannya dan aku ulangi soalan ini pada akhirnya, kami petik pertanyaan di awal keterangan ini sekali lagi:

    Adapun mengenai ucapan kalian bahawa Al-Mahdi kelak akan dibai'ah di sisi Ka'bah sebelum adanya pembenaran, maka kami punya pertanyaan buat kalian:

    Apakah kalian berpendapat bahawa jika Al-Mahdi Al-Muntazhar menzahirkan dirinya di sisi Ka'bah dengan mengatakan: "Wahai sekalian muslimin, sesungguhnya aku adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar, oleh itu berbai'ahlah kalian semua kepadaku".

    Maka apakah kalian berpendapat bahawa kelak orang-ramai akan datang ke Masjidilharam lalu mengatakan "Kami berbai'ah kepadamu, tentu sahaja kami ini telah menunggu kemunculanmu dengan resah gelisah di Masjidilharam agar kami dapat berbai'ah kepadamu?"

    Adakah ini logik dan dapat diterima akal wahai orang-orang yang menggunakan akal fikiran mereka
    ?



    وها أنا أفتي أمْنَ المسجد الحرام أنّه إذا ظهر لهم رجلٌ في المسجد الحرام يقول لهم أنّه المهديّ المنتظَر ويريد المُبايعة أن يرفسوه بنعل أقدامهم رفساً حتى يخرجوا منه مسّ الشيطان الرجيم الذي يتخبطه واتبع وسوسة الشيطان بغير علم نظراً لأنّه كذاب أشر وليس المهديّ المنتظَر الحقّ الذي يعلم كيف يكون ظهوره ومتى يبدأ حواره ويخاطب المُسلمين بالعقل والمنطق، ويدعوهم عبر طاولة الحوار العالميّة وسيلة الحوار الحقّ بقدرٍ مقدورٍ في الكتاب المسطور، ويستطيع جميع مُفتي الديار الإسلاميّة وهم في مساكنهم أن يحضروا إلى طاولة الحوار بكُل يسرٍ وسهولةٍ، وليس عليه إلا أن يفتح جهاز الكمبيوتر فيكتب موقع ناصر محمد اليماني ثم يحضر الباحث طاولة الحوار العالميّة (موقع الإمام ناصر محمد اليماني)، ثم يقوم بالتسجيل فيحاجج المهديّ المنتظَر بعلمٍ وسلطانٍ حتى يلجمه المهديّ المنتظَر بالحقّ، فيثبت برهان ما يدعيه ولُكلّ دعوى برهان، أو يلجم المهديّ المنتظَر بعلمٍ أهدى من علمه وأحسن تأويلاً، ثم يتبين للنّاس أنّه كذّاب أشر وليس المهديّ المنتظَر.

    Maka di sini aku fatwakan kepada para penjaga keamanan Masjidilharam, bahawa sekiranya seorang lelaki muncul kepada kalian di Masjidilharam dengan mengatakan dirinya adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar lalu dia menginginkan untuk dibai'ah, maka hendaklah kalian menendangnya dengan alas kaki kalian dengan sebenar-benarnya, agar syaitan yang merasuknya keluar dari badannya, yang telah menggoda dengan merasuknya hingga dia mengikuti bisikan-bisikan syaitan itu tanpa ilmu pengetahuan, kerana dia adalah orang yang sangat pendusta lagi sombong.

    Dia bukanlah Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak, kerana Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak pastinya mengetahui bagaimana kelak dia akan muncul, dan mengetahui pula bila bermulanya hiwar, yang mana dia berbicara dengan kaum muslimin dengan akal fikiran dan logika, menyeru mereka melalui meja bundar hiwar antarabangsa sebagai wasilah -cara- yang hak untuk berhiwar, sesuai ketetapan yang telah ditentukan dalam Kitab yang ditulis.

    Agar seluruh mufti negara-negara Islam dapat menghadiri meja bundar hiwar ini dengan mudahnya, sedang mereka itu berada di tempat-tempat tinggal mereka. Mereka hanya perlu membuka komputer/gadget mereka lalu menaipkan website Naser Mohammed Al-Yamani, dan sang pencari akan langsung hadir di meja bundar hiwar antarabangsa

    (Website Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani)

    Kemudian dia dapat mendaftar di situ untuk mendebat Al-Mahdi Al-Muntazhar dengan ilmu pengetahuan dan bukti, atau malah Al-Mahdi Al-Muntazhar yang akan membungkamnya dengan sebenar-benarnya, maka menjadi teguh bukti dakwaannya kerana setiap dakwaan pasti memerlukan adanya bukti.

    Atau sang pencari kebenaran dapat membungkam Al-Mahdi Al-Muntazhar dengan ilmu pengetahuan yang lebih mendapat petunjuk dari ilmunya, dengan takwilan yang lebih baik dari takwilannya, agar menjadi jelas bagi semua manusia bahawa dia adalah seorang yang sangat pendusta lagi sombong, dan dia bukanlah Al-Mahdi Al-Muntazhar.



    أليست تلبية هذا الحوار بيسيرة دونما السفر والترحال إلى المهديّ المنتظَر الذي يطلب الحوار لأنهم لا ولن يجيبوا دعواه أبداً بالسفر والترحال إليه لو يحدد لهم موقعه فيطلبهم للحوار لَما حضروا إليه ابداً، وحتى ولو حضر علماء المُسلمين جميعاً فأيّ دار سوف يتسع للحوار؟ أفلا تعقلون؟ بل هذه الوسيلة هي بقدرٍ مقدورٍ في الكتاب المسطور وهي أيسر وسيلة وأسهل وسيلة وأفضل وسيلة للحوار.

    Bukankah menyambut seruan untuk hiwar ini lebih mudah, tanpa perlu melakukan perjalanan dan berangkat menuju Al-Mahdi Al-Muntazhar yang meminta untuk berhiwar, kerana mereka tidak dan tidak akan menyambut seruan itu selama-lamanya dengan melakukan perjalanan dan berangkat menujunya, jika sekiranya Al-Mahdi menentukan untuk mereka tempat keberadaannya dan meminta mereka untuk datang berhiwar, pastinya mereka tidak akan mendatanginya selama-lamanya.

    Bahkan sekalipun semua para ulama muslimin datang, jadi, rumah manakah yang kelak akan luas dan lapang untuk berhiwar? Mengapakah kalian tidak memikirkan? Bahkan wasilah ini adalah pada ketetapan yang telah ditentukan dalam Kitab yang tertulis, dan ia adalah wasilah yang paling senang, mudah dan wasilah yang paling utama untuk berhiwar.



    بل حتى ولو تحقق شراء المهديّ المنتظَر للقناة الفضائية فإنما هي لتبليغ كافة البشر البيان الحقّ للذكر فقط بالصوت والصورة، وأما الحوار فلا يصلح له إلا موقع الإمام ناصر محمد اليماني بالإنترنت العالميّة. أم إنّكم تحرمونها على المهديّ المنتظَر لدعوة البشر بالبيان الحقّ للذكر وتحلّونها فقط للفسق والفجور ومُغازلة البنات ولاتباع الشهوات فتجعلون نعمة الله عليكم نقمة؟ فهل هذا هو شكر الله على هذه النعمة الكُبرى أفلا تتقون؟

    Bahkan sekalipun pembelian saluran satelit oleh Al-Mahdi Al-Muntazhar menjadi nyata, maka ianya hanya digunakan untuk menyampaikan Bayan Yang Hak bagi Al-Qur'an untuk seluruh manusia sahaja dengan suara dan gambar, adapun untuk berhiwar, maka ianya hanya baik untuk dilakukan di website Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani di jaringan internet antarabangsa.

    Ataukah kalian ini mengharamkan yang demikian ke atas Al-Mahdi Al-Muntazhar untuk berdakwah dan menyeru manusia dengan Bayan Yang Hak bagi Al-Qur'an, lalu kalian menghalalkannya pula buat kefasikan, kecerobohan, tempat anak-anak perempuan menggatal berpacaran dan mengikuti syahwat, kemudian membuat nikmat Allah ke atas kalian menjadi kemurkaan? Maka adakah ini dapat dikatakan mensyukuri Allah atas nikmat yang besar ini, mengapakah kalian tidak merasa takut kepada Allah
    ?



    ويا قوم، إنما نخاطبكم بالعقل والمنطق فانظروا هل ما نقوله لكم هو حقاً كلام العقل والمنطق؟ وسيقبله العقل والمنطق رغم أنوفكم، فإنها لا تعمى الأبصار إذا استخدمتم عقولكم فحقاً تفتيكم بالعقل والمنطق، ولكن للأسف إنكم لا تعقلون يا معشر المُنكرين لأنكم أصلاً لم تستخدموا عقولكم برغم أنّ رواية البيعة العامة عند البيت العتيق حقٌّ، ولكن أفلا فكرتم فكيف يظهر للبيعة من قبل الحوار والتصديق فمن ذا الذي سوف يبايعه ولم يُعلم علم اليقين أنه المهديّ المنتظَر الحقّ من ربّ العالمين وليس كذَّاباً أشراً؟ أم إنه سوف يقنع الحاضرين بكلمتين عند الكعبة ثم يقومون بمبايعته أفلا تعقلون!

    Wahai kaumku, sesungguhnya kami berbicara dengan akal fikiran dan logika, maka perhatikanlah oleh kalian, adakah apa yang kami nyatakan kepada kalian ini benar-benar ucapan yang masuk akal dan logik?

    Kelak pernyataan kami akan dapat diterima akal dan logik meskipun ianya menjengkelkan kalian, kerana sesungguhnya mata hati itu tidak buta sekiranya kalian menggunakan akal fikiran kalian, sebab kami benar-benar memberi fatwa dengan akal fikiran dan logik.

    Akan tetapi malangnya kalian tidak mahu memikirkan wahai sekalian orang-orang yang mengingkari seruan ini, kerana kalian sebenarnya tidak menggunakan akal fikiran kalian sungguhpun riwayat bai'ah secara umum di sisi Ka'bah itu benar, namun mengapa kalian tidak memikirkan bagaimana Al-Mahdi akan muncul untuk dibai'ah sebelum adanya hiwar dan pembenaran, siapa pula yang akan membai'ahnya sedang mereka tidak mengetahui dengan pasti bahawa dia adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak dari Tuhan Semesta Alam, dan bukan seorang yang amat dusta lagi sombong
    ?

    Ataukah kelak Al-Mahdi itu akan dapat memuaskan semua hadirin dengan hanya mengucapkan dua kalimah di sisi Ka'bah, lalu mereka semua akan membai'ahnya, mengapakah kalian tidak memikirkan
    !



    فاستفتوا عقولكم وسوف تفتيكم فتقول لكم أنه لا ينبغي للمهدي المنتظر الحقّ أن يظهر للمُبايعة عند البيت العتيق من قبل الحوار والتصديق؛ بل لا بد أن يأتي زمن الحوار من قبل الظهور ومن بعد التصديق يظهر المهديّ المنتظَر في المسجد الحرام فيلقى الإجلال والتقدير الكبير وضيفاً ذا مقامٍ كبيرٍ لدى المملكة العربيّة السعودية حكومةً وشعباً. ولكن لو اتبع المهديّ المنتظَر الحقّ أهواءكم وظهر للمُبايعة في المسجد الحرام من قبل الحوار والتصديق لداسوني بالقناطر، ولن يُدافع الله عني حتى ولو كنت المهديّ المنتظَر الحقّ لو اتبعت أهواءكم. تصديقاً لقول الله تعالى:
    {وَكَذَلِكَ أَنزَلْنَاهُ حُكْمًا عَرَبِيًّا وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ مَا جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ وَاقٍ} صدق الله العظيم [الرعد:37]. ولكن هيهات.. هيهات فلستُ بمجنونٍ ولن أتَّبع الذين لا يعقلون.

    Mintalah oleh kalian akan fatwa kepada akal kalian, tanyakan kepada akal fikiran kalian, kelak ia akan memberitahu kalian dengan mengatakan kepada kalian bahawa, tidak patut bagi Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak untuk muncul dibai'ah di sisi Ka'bah sebelum adanya hiwar dan pembenaran;

    Bahkan pastilah zaman hiwar akan datang sebelum kemunculan, dan setelah adanya pembenaran barulah Al-Mahdi Al-Muntazhar akan memunculkan dirinya di Masjidilharam, lalu mendapatkan kehormatan dan penghargaan yang besar, sebagai tamu yang miliki kedudukan besar di sisi kerajaan Saudi beserta rakyatnya.

    Akan tetapi, sekiranya Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak mengikuti hawa nafsu kalian, lalu muncul untuk dibai'ah di Masjidilharam sebelum hiwar dan sebelum adanya pembenaran, pastilah mereka akan memijak-mijakku di tempat terbuka, dan Allah tidak akan mempertahankan dan melindungiku meskipun aku ini Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak, jika sekiranya aku mengikuti hawa nafsu kalian.

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:
    Demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu. (37)
    Maha Benar Allah
    [Ar-Ra'd]


    وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله رب العالمين..
    الداعي للحوار من قبل الظهور ومن بعد التصديق يظهر عند البيت العتيق؛ المهديّ المنتظَر الحقّ الإمام ناصر محمد اليماني.

    Salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala pujian
    hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

    Penyeru untuk berhiwar sebelum muncul, dan setelah adanya pembenaran
    baru dia akan menampakkan diri di sisi Ka'bah;

    Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani.

    ـــــــــــــــــــــ


    sumber:
    https://nasser-alyamani.org/showthread.php?t=1962

    اضغط هنا لقراءة البيان المقتبس..

المواضيع المتشابهه
  1. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 10-05-2019, 09:26 PM
  2. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 13-06-2016, 09:12 PM
  3. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 07-09-2015, 09:30 PM
  4. مشاركات: 2
    آخر مشاركة: 03-06-2015, 03:00 PM
  5. Kebijaksanaan Ilahi Dalam Memilih Cara/Metode Penyampaian Pesan..
    بواسطة عبد العزيز22 في المنتدى Melayu
    مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 08-02-2013, 02:23 PM
ضوابط المشاركة
  • لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
  • لا تستطيع الرد على المواضيع
  • لا تستطيع إرفاق ملفات
  • لا تستطيع تعديل مشاركاتك
  •