الموضوع: Apa makna bid'ah?

النتائج 1 إلى 4 من 4
  1. افتراضي Apa makna bid'ah?

    المصدر:
    >>
    ما معنى البدعة؟<<



    الإمام ناصر محمد اليماني
    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    02 - 10 - 1432 هـ
    01 - 09 - 2011 مـ
    01:55 صباحاً
    ــــــــــــــــــــ



    ما معنى البدعة؟

    Apa makna bid'ah
    ?



    بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على جدّي محمد وآله الأطهار وجميع المؤمنين، أمّا بعد..

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, sholawat dan salam ke atas nendaku Muhammad dan keluarganya yang suci serta seluruh orang-orang yang beriman,
    amma ba'du..



    إنما البِدعة هي البِدعة في دين الله من عند أنفسكم ما لم ينزل الله بحرامه أو حلاله من سلطان. تصديقاً لقول الله تعالى: {وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلَالٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ} صدق الله العظيم [النحل:116].

    Sesungguhnya bid'ah (perkara-perkara baru) hanyalah bid'ah dalam agama Allah yang datang dari diri kalian sendiri, dalam perkara yang Allah tidak turunkan bukti keterangan mengenai keharamannya dan kehalalannya.

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

    Dan janganlah kalian mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah kalian secara dusta "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. (116)
    Maha Benar Allah
    [An-Nahl]


    وأهم شيء عند الله هو أن تلتزموا بالنهي عن كبائر ما تُنهون عنه. تصديقاً لقول الله تعالى:
    {إِن تَجْتَنِبُواْ كَبَآئِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُم مُّدْخَلاً كَرِيماً} صدق الله العظيم [النساء:31]، فهل أفراح العيد وتقسيم الحلوى بين الأطفال في العيد من الكبائر! ما لكم كيف تحكمون؟ وهلك المتشددون بغير الحقّ.

    Perkara yang paling penting di sisi Allah ialah kalian mematuhi larangan Allah, dengan menjauhi dosa-dosa besar yang kalian dilarang mengerjakannya.

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

    Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu [dosa-dosamu yang kecil] dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia [surga]. (31)
    Maha Benar Allah
    [An-Nisaa]

    , Jadi, adakah kegembiraan dan keceriaan di Hari Raya, membahagi-bahagikan manisan antara kanak-kanak pada Hari Raya, termasuk bahagian dari dosa-dosa besar! Ada apa dengan kalian ini, bagaimana kalian membuat keputusan? Binasalah orang-orang yang terlampau keras dan tegas (ekstrim) tanpa alasan yang benar.



    وكذلك لا نحرّم الفرح والطرب في الأعراس، ولكننا نحرّم فيه رقص النساء أمام الرجال ونحرّم فيه الفجور والسفور وشرب الخمور، فاتقوا الله الذي يعلم خائنة الأعين وما تخفي الصدور فلا تضيّقوا على الناس بغير الحقّ.

    Demikian juga kami tidak melarang untuk bergembira dan berpesta dengan nyanyian buat merayakan majlis pernikahan, akan tetapi kami larang untuk mengadakan padanya joget atau tarian wanita di depan kaum lelaki.

    Kami melarang perbuatan tidak bermoral, membuka kerudung penutup wajah serta minum-minuman yang memabukkan, maka bertakwalah kalian kepada Allah.

    Merasa takutlah kalian kepada Dzat Yang Maha Mengetahui mata-mata khianat dan mengetahui pula segala rahsia yang tersembunyi di dalam dada, dan janganlah kalian memberi tekanan dan menyusahkan orang-orang tanpa alasan yang benar.



    وربّما يودّ أن يقاطعني أحد الأنصار فيقول: "فهل هذا يعني أنّ الغناء حلال؟". ومن ثم نقول له: إنّ ذلك يعود لكلمات الغناء، فما كان فيه كلمات العشق والتغزل في الغانيات فإنه يثير الشجن ويهزّ العواطف لدى الذين يتّبعون الشّهوات ويسعون لفتنة النساء الشريفات، ولكنّنا لا نستطيع أن نُحرّم شعر الغزل في زوجاتكم لكونه شاعر يتغزل في زوجته بسبب الحبّ الحلال، وأما أصحاب فتنة الشعر الذين يتبعهم الغاوون بسبب شعر الغزل في الحبّ الحرام من غير زواجٍ فذلك محرمٌ لكونه من خطوات الشيطان لكونه قد يفتنها بشعره فتلبي طلبه إلى ما حرّم الله! فمن الشعر لَسحرٌ والغانيات يغرهنَّ الثناءُ، أولئك هم الشعراء الذين يتبعهم الغاوون عن الصراط المستقيم من الذين يتبعون الشهوات،
    ونفتي بالْحَقّ أنّ الشعر الغزلي في الحبّ الحرام محرّمٌ في محكم كتاب الله. تصديقاً لقول الله تعالى: {وَالشُّعَرَ‌اءُ يَتَّبِعُهُمُ الْغَاوُونَ ﴿٢٢٤﴾ أَلَمْ تَرَ‌ أَنَّهُمْ فِي كُلِّ وَادٍ يَهِيمُونَ ﴿٢٢٥﴾ وَأَنَّهُمْ يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ ﴿٢٢٦﴾} صدق الله العظيم [الشعراء].

    Barangkali ada anshar yang mahu menyela ucapanku dengan mengatakan:

    "Adakah ini bermakna lagu dan nyanyian itu diperbolehkan
    ?"

    Maka di situ kami katakan padanya:

    Sesungguhnya demikian itu kembali kepada lirik kata-kata lagu tersebut, setiap lirik yang berisi kata-kata cinta yang bernafsu, cumbu-rayu dan sayang-sayang yang membuang-buang waktu, buat mengoda perempuan-perempuan cantik, maka ianya membangkitkan keinginan dan kegelisahan, menggetarkan dan menggoyahkan cinta berahi, bagi orang-orang yang suka mengikuti nafsu syahwat.

    Mereka itu berusaha mengganggu orang-orang perempuan yang baik-baik, akan tetapi kami tidak dapat
    melarang puisi dan bait-bait syi'ir nyanyian cinta terhadap isteri-isteri kalian, kerana suami bermadah pujangga melantunkan puisi atau menyanyi buat menggoda dan merayu isterinya, dengan sebab cinta dan kasih sayang yang diperbolehkan lagi halal.

    Adapun pembuat dan penggemar fitnah godaan dalam syi'ir, yaitu para pembuat puisi dan lirik lagu yang diikuti oleh orang-orang sesat, disebabkan oleh syi'ir dan lirik berahi pada cinta terlarang yang haram tanpa ada ikatan pernikahan, maka puisi dan lagu-lagu yang demikian itu dilarang, kerana ianya termasuk dari perbuatan dan langkah-langkah syaitan.

    Disebabkan dengan syi'ir seperti itu si lelaki dapat menggoda wanita sampai sang wanita tersebut sanggup memenuhi permintaan sang lelaki untuk melakukan perbuatan yang diharamkan oleh Allah! Kerana ada di antara puisi dan nyanyian cinta itu mempunyai daya tarikan bagaikan sihir yang mempesonakan, dan banyak lagu yang madah pujiannya berisi tipuan lagi memperdayakan.

    Mereka itulah para penyair yang diikuti oleh orang-orang yang tersesat dari jalan yang lurus, dari kalangan mereka yang gemar mengikuti syahwat,
    dan kami fatwakan dengan kebenaran, bahawa sesungguhnya lagu nyanyian cinta dan puisi pada cinta yang terlarang itu adalah diharamkan dalam muhkam Kitabullah.

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

    Dan penyair-penyair itu diikuti oleh orang-orang yang sesat. (224)

    Tidakkah kamu melihat bahwasanya mereka mengembara di tiap-tiap lembah. (225)

    dan bahwasanya mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakan [nya]?, (226)
    Maha Benar Allah
    [Asy-Syu'araa]


    ألا والله لو يستغلون كلَّ لحنٍ جميلٍ من ألحانهم فيتغنون الأشعار في محبة الله ورسوله لخشعت لذلك القلوب وما زادكم إلا سكينةً وطمأنينةً، كمثل أن تستمعوا إلى لحن وغناء "طلع البدر علينا من ثنيات الوداع" فيبعث ذلك السرور في أنفسكم بسبب محبة الله ورسوله، وخيرٌ لكم أن لا تشغلوا قلوبكم بالشعر في حبّ الزوجات غير أننا لا نحرّم عليكم التغزل بالشعر في زوجاتكم؛ بل ننصحكم أن تشغلوا قلوبكم بحبّ الله ورسوله، ومن علم أنّه يحبّ زوجته أكثر من حبّه لرسول الله فليعلم أنّه ليس من المؤمنين لكون سرّ محبة رسول الله هو من شدة حبّكم لمن أرسله؛ الله الغفور الودود، ولن تستطيعوا أن تعدلوا بين حبّ الله ورسوله وما ينبغي لكم، فلا بدّ أن تحبوا أحدهما أكثر من الآخر.

    Ketahuilah demi Allah, seandainya mereka memanfaatkan setiap lagu dan melodi yang indah dari melodi-melodi yang ada pada mereka, kemudian mereka melantunkan syi'ir dan nyanyian itu mengenai cinta Allah dan rasul-Nya, nescaya tunduk dan pasrah hati-hati yang mendengarkan demikian.

    Tiadalah syi'ir dan nyanyian (cinta Allah dan rasul-Nya) itu
    menambahkan kepada kalian selain bertambah tenang dan tenteram, sebagaimana kalian mendengarkan lantunan nyanyian:

    "Thola'al badru 'alaynaa min tsaniyyaatil wadaa' -Wahai bulan purnama yang telah terbit ke atas kita dari lembah al-Wadaa'..-"

    Justeru ianya membangkitkan kegembiraan di dalam diri kalian, disebabkan oleh kecintaan kalian kepada Allah dan rasul-Nya.

    Perkara yang lebih baik buat kalian adalah tidak menyibukkan hati kalian dengan syi'ir pada kecintaan untuk para isteri, hanya sahaja kami tidak melarang ke atas kalian buat memikat dan merayu pada isteri-isteri kalian dengan syi'ir;
    namun kami nasihatkan kepada kalian untuk menyibukkan hati kalian dengan kecintaan Allah dan rasul-Nya.

    Barangsiapa yang mengetahui bahawa dia mencintai isterinya dengan kecintaan yang lebih banyak dari cintanya kepada Allah dan rasul-Nya, maka hendaklah dia tahu bahawa dirinya bukan kalangan orang-orang yang beriman, ini kerana rahasia kecintaan kalian kepada Rasulullah SAW adalah kerana besarnya kecintaan kalian kepada Dzat yang mengutusnya; Allah yang Maha Mengampuni lagi Maha Mencintai.

    Kalian tidak akan dapat menyamakan antara cinta Allah dan rasul-Nya dan tiadalah layak untuk kalian berbuat demikian, tentulah kalian akan lebih mencintai salah satunya dengan kecintaan yang lebih banyak dari yang lainnya.



    ولن تستطيعوا أن تعدلوا في الحبّ بين زوجاتكم ولو حرصتم فلن تستطيعوا، فلا بد أن تحبوا إحداهُنّ أكثر من الأخريات، وكذلك في درجات الحبّ لأولادكم لن تستطيعوا أن تعدلوا بينهم في الحبّ.

    Kalian tidak akan dapat berlaku adil dalam kecintaan di antara para isteri kalian, meskipun kalian sangat menginginkan namun kalian tidak akan mampu berbuat demikian, kerana pasti kalian lebih mencintai salah seorang di antara mereka dengan kecintaan yang melebihi isteri-isteri lain, begitu juga kadar tingkatan cinta kalian terhadap anak-anak kalian, kalian tidak akan sanggup berlaku adil di antara mereka dalam kecintaan kalian.


    ومن ثم نأتي لحبِّ الله ورسوله، فلن تستطيعوا أن تعدلوا بين حبّ الله وحبِّ رسوله وما ينبغي لكم، ومن أحبَّ محمداً رسول الله أكثر من الله فقد أشرك بالله ولن يجد له من دون الله ولياً ولا نصيراً، كون الذين آمنوا قد جعل الله برهان إيمانهم في قلوبهم هو أن يجدوا أنه أشدُّ حباً في قلوبهم، وهو تصديقٌ لقول الله تعالى:
    {وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللَّـهِ أَندَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِّلَّـهِ ۗ وَلَوْ يَرَ‌ى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَ‌وْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّـهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ﴿١٦٥﴾} صدق الله العظيم [البقرة].

    Oleh itu kami lanjutkan mengenai cinta Allah dan rasul-Nya, kalian tidak akan dapat sanggup berlaku adil untuk menyamakan antara kecintaan kalian kepada Allah dengan kecintaan kalian kepada rasul-Nya, dan tidak selayaknya bagi kalian untuk berbuat demikian.

    Barangsiapa yang mencintai Muhammad Rasulullah dengan kecintaan yang lebih banyak dari mencintai Allah, maka sesungguhnya dia telah menyekutukan Allah, dan dia tidak akan mendapatkan sesiapapun sebagai pelindung dan penolong untuk dirinya selain dari Allah.

    Ini kerana orang-orang yang beriman itu, Allah telah menjadikan bukti keimanan mereka di dalam hati mereka, yaitu mereka menemukan bahawa mereka amat sangat mencintai Allah di dalam hati mereka.

    Ianya adalah pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

    (Sungguhpun demikian) ada di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu amat cinta kepada Allah, dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaan-Nya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (165)
    Maha Benar Allah
    [Al-Baqarah]


    فهل تعلمون البيان الْحَقّ لقول الله تعالى:
    {وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبّاً لِّلّهِ}؛ أي الحبّ الأشدّ في قلوبهم هو لله، أولئك هم المؤمنون حقاً. وبرهان إيمانهم بالله بالغيب هو أنهم يجدون في قلوبهم أشدَّ الحبّ بأعلى مقاسٍ هو لله، ألا وإن المحبّ ليطمع دائماً في رضوان من يحبّ فلن يكون سعيداً لو علم أنّ حبيبه حزينٌ وليس راضياً، فإن علِم أنّ حبيبه سعيدٌ مسرورٌ فيُسَرُّ من سروره، وإن يراه غضباناً حزيناً فإنه يحزن من حزنه كونه ينشد رضوان من أحبّ، وأشدّ الحبّ في القلب لا ينبغي أن يكون إلا لله، ومن أحبَّ أحداً بالحبِّ الأشدّ الذي لا ينبغي أن يكون إلا لله فقد أشرك بالله وجعل له نداً، ولذلك قال الله تعالى: {وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللَّـهِ أَندَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِّلَّـهِ ۗ وَلَوْ يَرَ‌ى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَ‌وْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّـهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ﴿١٦٥﴾} صدق الله العظيم [البقرة].

    Adakah kalian tahu keterangan yang benar bagi firman Allah Ta'ala: sedang orang-orang yang beriman itu amat cinta kepada Allah ; Yakni kecintaan yang lebih besar di dalam hati mereka adalah untuk Allah, mereka itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya.

    Bukti keimanan mereka kepada Allah meskipun mereka tidak dapat melihat-Nya ialah, bahawasanya mereka menemukan kecintaan yang amat sangat dengan kadar ukuran yang tertinggi di dalam hati mereka adalah untuk Allah, ingatlah bahawa sesungguhnya sang pencinta akan selalu loba untuk mendapatkan redha dari yang dicintainya.

    Sang pencinta tidak akan bahagia sekiranya dia tahu kekasihnya sedih dan tidak rela, justeru itu sekiranya dia tahu bahawa kekasihnya senang dan gembira, tentu sahaja dia juga akan turut senang dan gembira kerananya, namun sekiranya sang pencinta melihat kekasihnya berduka, pastilah dia juga akan turut sama bersedih atas kedukaan kekasihnya.

    Ini kerana sang pencinta akan mencari kerelaan dan keredhaan orang yang dicintainya, tidaklah layak adanya kecintaan yang teramat sangat di dalam hati kecuali hanya untuk Allah, barangsiapa yang mencintai seseorang dengan kecintaan yang terbesar, yang tidak layak adanya kecuali untuk Allah, maka sesungguhnya dia telah syirik kepada Allah, dan dia telah menjadikan adanya sekutu dan tandingan bagi Allah.

    Sebab itu Allah Ta'ala berfirman:

    (Sungguhpun demikian) ada di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu amat cinta kepada Allah, dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaan-Nya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (165)
    Maha Benar Allah
    [Al-Baqarah]


    ولربّما يودّ أحد أحبتي الأنصار أن يقول: "يا إمامي إنّي أحبّ زوجتي وتالله لا أكون سعيداً حتى أراها سعيدةً راضيةً، فهل يعني ذلك أني مشرك بالله؟". ومن ثمّ يردّ عليه الإمام ناصر محمد اليماني: كلا حبيبي في الله فهذا وازع الحبّ الحقيقي، ولكن لو أنها تطلب منك شيئاً لا يرضي الله فتسعى لتحقيق طلبها لتنال رضاها فقد أصبح حبّها في قلبك هو الأشدّ فسعيت لتحقيق رضوانها بما يسخط الله، والله أحقّ أن ترضوه إن كنتم مؤمنين.

    Barangkali sahaja ada seseorang dari para anshar kekasihku ingin mengatakan:

    "Wahai imamku, sesungguhnya aku mencintai isteriku, demi Allah, aku tidak akan bahagia sehinggalah aku lihat isteriku bahagia, puas lagi rela, adakah demikian itu bermakna aku ini orang yang menyekutukan Allah
    ?"

    Dari situ Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani membalasnya, aku katakan:

    Tidak sekali-kali wahai kekasihku di jalan Allah, kerana ini merupakan pertanda saksi cinta sejati, namun jika isterimu meminta darimu suatu permintaan yang tidak diredhai Allah, lalu engkau pun berusaha untuk merealisasikannya supaya isterimu rela, maka jadilah cinta dalam hatimu kepada isterimu itu lebih besar, sehingga engkau sanggup berusaha mewujudkan keredhaan isterimu pada permintaannya yang mengundang murka Allah.

    Allah-lah yang lebih berhak untuk kalian usahakan dan realisasikan keredhaan-Nya jika sungguh kalian benar-benar beriman.



    وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله ربّ العالمين..
    خليفة الله؛ الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

    Salam ke atas para utusan, segala pujian untuk Allah Tuhan Semesta Alam..

    Khalifah Allah; Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani


    ــــــــــــــــــــ


    sumber:
    https://nasser-alyamani.org/showthread.php?t=4203

  2. افتراضي

    الحمدُ لله ربّ العالمين

  3. افتراضي

    Maha Suci Allah, Dzat yang Maha Sempurna, Dzat yang tidak dapat dijangkau oleh penglihatan mata.
    Yang Membalas amal ibadah hamba-hambaNya yang sedikit dengan balasan karunia-Nya yang sangat besar,
    Yang Membalas dosa dan kesalahan hamba-hambaNya dengan ampunan dan kasih sayang-Nya,

    Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami dan keluarga kami termasuk dalam.gokongan hamba-hambaMu yang bersyukur, perbaikilah hati kami, selamatkan lah kami dari makhluk, murnikanlah ketauhidan kami kepadaMu. Aamiin Yaa Arhamar Rohimiin...

  4. افتراضي

    اقتباس المشاركة : gunawan.wibisono
    Maha Suci Allah, Dzat yang Maha Sempurna, Dzat yang tidak dapat dijangkau oleh penglihatan mata.
    Yang Membalas amal ibadah hamba-hambaNya yang sedikit dengan balasan karunia-Nya yang sangat besar,
    Yang Membalas dosa dan kesalahan hamba-hambaNya dengan ampunan dan kasih sayang-Nya,

    Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami dan keluarga kami termasuk dalam.gokongan hamba-hambaMu yang bersyukur, perbaikilah hati kami, selamatkan lah kami dari makhluk, murnikanlah ketauhidan kami kepadaMu. Aamiin Yaa Arhamar Rohimiin...
    انتهى الاقتباس من gunawan.wibisono
    آمين يا رب العالمين

المواضيع المتشابهه
  1. Apa makna nama Allah Ash Shomad?
    بواسطة أبو عزرا في المنتدى Melayu
    مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 03-03-2019, 09:38 PM
  2. Makna Syukur..
    بواسطة أبو عزرا في المنتدى Melayu
    مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 09-11-2015, 10:43 PM
ضوابط المشاركة
  • لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
  • لا تستطيع الرد على المواضيع
  • لا تستطيع إرفاق ملفات
  • لا تستطيع تعديل مشاركاتك
  •