[ لمتابعة رابط المشاركـــــــــــــة الأصليّة للبيــــــــــــــان ]
Untuk mengikuti pautan asal bayan

الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
16 - ربيع الأول - 1438 هـ
15 - 12 - 2016 مـ
05:18 صباحاً
( بحسب التقويم الرسمي لأمّ القرى )
Mengikut takwim rasmi Ummul Quroo
(Makkah)
ــــــــــــــــــــ



تحذيرٌ ونذيرٌ وبشيرٌ بنصرٍ كبيرٍ
فاستجيبوا لأمر الله يا معشر المسلمين وادخلوا في السلم كافةً للاستعداد لنفير قتالِ عدو الله وعدوّكم وجنودِه ..

Amaran, Peringatan Dan Berita Gembira Dengan Kemenangan Besar
Maka Sambut Dan Penuhilah Perintah Allah Wahai Sekalian Muslim, Masuklah Ke Dalam Islam Secara Keseluruhan, Sebagai Persiapan Untuk Berangkat Memerangi Musuh Allah, Musuh Kalian Beserta Balatenteranya



بسم الله الواحد القهار، يا مسلمين يا مسلمين يا مسلمين كوكب العذاب اقترب كوكب العذاب اقترب، فاتقوا الله يا أولي الألباب واستجيبوا لدعوة الاحتكام إلى الكتاب القرآن العظيم، واعتبروا من عذاب التناوش بسبب اقتراب كوكب العذاب سقر النار قبل أن يهلككم مع شياطين البشر الذين بلغ تعدادهم خمسين في المائة في هذا العصر والباقين كفاراً على ضلالٍ أو مسلمين ضالين وقليلاً من المهتدين، ونقول للمسلمين فهل تؤمنون بقول الله تعالى:
{وَلَوْ تَرَىٰ إِذْ فَزِعُوا فَلَا فَوْتَ وَأُخِذُوا مِن مَّكَانٍ قَرِيبٍ ﴿٥١﴾ وَقَالُوا آمَنَّا بِهِ وَأَنَّىٰ لَهُمُ التَّنَاوُشُ مِن مَّكَانٍ بَعِيدٍ ﴿٥٢﴾ وَقَدْ كَفَرُوا بِهِ مِن قَبْلُ ۖ وَيَقْذِفُونَ بِالْغَيْبِ مِن مَّكَانٍ بَعِيدٍ ﴿٥٣﴾ وَحِيلَ بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ مَا يَشْتَهُونَ كَمَا فُعِلَ بِأَشْيَاعِهِم مِّن قَبْلُ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا فِي شَكٍّ مُّرِيبٍ ﴿٥٤﴾} صدق الله العظيم [سبأ].

Dengan nama Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan, wahai kaum muslimin, wahai kaum muslimin, wahai kaum muslimin, Planet Hukuman telah mendekat, Planet Hukuman telah mendekat, bertakwalah kalian kepada Allah wahai ulul albaab, sambutlah seruan dakwah untuk kembali berhukum dengan Kitabullah Al-Qur’an, ambillah pelajaran dan peringatan dari azab tembakan dan pertempuran kecil
(At Tanaawusy)

Ianya disebabkan oleh mendekatnya Planet Hukuman Neraka SAQAR, sebelum ia membinasakan kalian bersama syaitan-syaitan manusia, yang jumlah mereka telah mencapai limapuluh peratus di zaman ini, manakala selebihnya adalah orang-orang kafir yang berada dalam kesesatan atau muslim yang sesat, dan sedikit sahaja dari kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk.

Maka kami katakan kepada kaum muslimin, adakah kalian mengimani firman Allah Ta’ala:

Dan [alangkah hebatnya] jika kamu melihat ketika mereka [orang-orang kafir] terperanjat ketakutan (kedatangan Saqar -Kaukab Al-'Azab); maka mereka tidak dapat melepaskan diri dan mereka dicekup dari tempat yang dekat, (51)

dan [di waktu itu] mereka berkata: "Kami percaya padanya (Saqar)", padahal telah datang kepada mereka pertempuran kecil dari tempat yang jauh. (52)

Dan sesungguhnya mereka telah mengingkarinya sebelum itu; dan mereka menduga-duga tentang yang ghaib dari tempat yang jauh. (53)

Dan dihalangi antara mereka dengan apa yang mereka ingini sebagaimana yang dilakukan terhadap orang-orang yang serupa dengan mereka pada masa dahulu. Sesungguhnya mereka sebelumnya dalam keraguan yang mendalam. (54)

Maha Benar Allah
[Saba]


فإن كان الجواب من المسلمين: "وكيف لا نؤمن بهذا القول وهو قولٌ من ربّ العالمين نجده في محكم القرآن العظيم؟". فمن ثمّ نقيم على المسلمين الحجّة ونقول: إذاً فقد علمتم أنه يوجد حتماً تناوش بين الأرض وكوكب العذاب قُبيل مروره في سماء أرض البشر، ألا وإن التغيرات المناخيّة والجيولوجيّة والكهرومغناطيسيّة والفلكيّة بسبب حدوث التناوش من كوكب العذاب مع الشمس والقمر والأرض، فهل تريدون أن تُنظروا إيمانكم واتّباعكم للحقّ من ربكم حتى يأخذكم مع شياطين البشر من مكانٍ قريبٍ، أو يعذبكم مع الكفار عذاباً نكراً؟ ألا تعلمون أنّ كوكب سقر يختلف عن جميع الكواكب؟ ألا تعلمون أنها تَطَلِعُ على ما في قلوبكم حين يشاء الله فتبصر القلوب المنيرة وتبصر القلوب المظلمة وترمي بالشرر حجارةٍ من نارٍ؟ تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ (1) الَّذِي جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُ (2) يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ (3) كَلَّا ۖ لَيُنبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ (4) وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ (5) نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ (6) الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الْأَفْئِدَةِ (7)} صدق الله العظيم [الهمزة].

Sekiranya jawaban kaum muslimin:

“Bagaimana pula kami tidak mempercayai firman ini, ia adalah firman Tuhan Semesta Alam yang kami dapatkan pada muhkam Al-Qur’an
?”

Untuk itu kami tegakkan hujjah terhadap kaum muslimin, kami katakan:

Jika demikian sesungguhnya kalian telah mengetahui bahawa terdapat pertempuran kecil antara bumi dan Planet Hukuman sebaik sahaja ia mendekat sebelum lintasannya di langit bumi manusia, ketahuilah sesungguhnya perubahan-perubahan yang terjadi pada iklim, geologi, elektromagnetik dan astronomi, adalah disebabkan oleh terjadinya pertempuran kecil dari Planet Hukuman dengan matahari, bulan dan bumi.

Adakah kalian mahu menunggu untuk beriman, menunda untuk mengikuti kebenaran dari Tuhan kalian hingga kalian dicekup bersama syaitan-syaitan manusia dari tempat yang dekat, atau kalian di seksa bersama orang-orang kafir dengan azab seksaan yang tiada taranya
?

Tidakkah kalian tahu bahawa Planet Hukuman berbeza dengan semua objek langit lain? Tidakkah kalian tahu bahawa ia kenal dan tahu apa yang tersimpan di dalam hati kalian ketika Allah menghendakinya, lalu ia dapat melihat hati yang bersinar terang bercahaya, dan dapat melihat hati yang suram gelap gelita, lalu ia menembak dan melempari dengan tembakan bebatuan berapi
?

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela,

yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung,

dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengkekalkannya,

sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.

Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?

(yaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan,

yang (membakar) sampai ke hati.

Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka,
(sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.

Maha Benar Allah
(Al-Humazah)


ألا تعلمون أنها تحبّ الله حبّاً عظيماً؟ ولذلك تحبّ من يحبّه الله وتبغض من يبغضه الله، فهي تحبّ في الله وتبغض في الله وتحقد على أعداء الله حقداً عظيماً.

Tidakkah kalian tahu bahawa ia mencintai Allah dengan kecintaan yang besar? Kerana itu ia mencintai orang-orang yang dicintai oleh Allah, dan ia membenci orang-orang yang dibenci oleh Allah, ia cinta dan benci kerana Allah dan dendam terhadap musuh-musuh Allah dengan kebencian dan dendam yang besar.


ويا معشر المعرضين، فهل ترون أنكم تستطيعون صرفها يوم مرورها في سماء أرضكم؟ فهل ترون أنكم تستطيعون صرف الشمس عن أرضكم لو تقترب من أرضكم؟ فكذلك كوكب سقر أحدِ الكُبر! يشرق على أرض البشر من جنوب الأرض ويغرب في شمالها، واعلموا أنّ ليس شروقه وغروبه كمثل الكواكب الأُخَر وكالشمس والقمر بسبب دوران الأرض حول نفسها؛ بل سبب شروق كوكب سقر على أرض البشر بسبب حركة كوكب سقر في فلكه القطبي فيشرق على الناس من جنوب الأرض ويغرب في شمالها على يسار النجم القطبي بقليلٍ. ألا تعلمون أنها ذات ثلاثة ألوانٍ صفراء وحمراء وسوداء؟ فألوانها ثلاثةُ شُعبٍ، فلا تغني عنكم الكواكب دونها عن اللهب، وترمي بشررٍ كالقصر، فما ظنّكم بهولها يوم مرورها؟

Wahai sekalian manusia yang berpaling, adakah kalian berpendapat bahawa kalian mampu untuk menjauhkan dan mengelakkan diri kalian dari Kaukabul Azab pada hari lintasannya di langit bumi kalian ini? Adakah kalian berpendapat bahawa kalian mampu menjauhkan matahari dari bumi kalian seandainya ia mendekat dengan bumi ini
?

Maka demikian juga Kaukabul Azab SAQAR yang merupakan suatu bencana yang amat besar! Ianya akan terbit ke atas bumi manusia dari selatan bumi dan terbenam di utara bumi, ketahuilah kalian bahawa terbit dan terbenamnya itu bukanlah seperti terbit dan terbenamnya objek-objek langit (al kawaakib) yang lain seperti matahari dan bulan yang disebabkan oleh putaran bumi pada paksinya;

Namun yang menyebabkan Kaukab SAQAR terbit atas bumi manusia adalah kerana pergerakannya yang beredar pada orbit kutub, maka ia terbit pada manusia dari selatan bumi dan terbenam di utara bumi pada sebelah kiri sedikit dari bintang utara.

Tidakkah kalian tahu bahawa ianya mempunyai tiga warna, iaitu kuning, merah dan hitam? Warna-warnanya adalah tiga cabang, maka tiadalah objek-objek langit selainnya dapat menolak untuk kalian dari kepanasan nyalaan apinya, dan melempari dengan menembak dengan tembakan-tembakan api besar yang tinggi menjulang seperti istana.

Maka bagaimana jangkaan kalian terhadap ketakutan dan kengerian manusia terhadap SAQAR pada hari lintasannya
?


وختام بياني هذا أقول: إنّ لعنة الله على المهديّ المنتظَر ناصر محمد اليماني إنْ كان كذاباً أشِراً يكذّب على البشر بمرور كوكب النار في عصري وعصركم في هذه الأمّة، أو لعنة الله على من أبَى واستكبر عن اتّباع الذكر القرآن العظيم، فمن ينجيكم من عذاب يومٍ عقيمٍ؟ فاعتبروا يا معشر المسلمين من عذاب التناوش سواء زلازل نذيرةٌ كثيرةٌ قد لا تعلن عنها قنوات الأخبار الفضائيّة إلا قليلاً، أو زلزالٌ مدمرٌ تعلن عنه قنوات الأخبار، أو بحرٌ مسجورٌ، أو نيازك أو براكين أو صواعق يصيب بها من يشاء ويصرفها عمّن يشاء، أو شظايا من جبالٍ من بَرَدٍ فيصيب به من يشاء ويصرفها عمّن يشاء. فكل ذلك من عذاب الله الواحد القهار، فلا تقولوا كوارث طبيعيّة كمثل قول الكفار؛ خير لكم. فلا تنكروا أنّ الله هو المسيطر على الملكوت سبحانه عمّا يشركون وتعالى علواً كبيراً!

Penutup bayanku ini aku katakan:

Sesungguhnya laknat Allah ke atas Al-Mahdi Al-Muntadhar Naser Mohammed Al-Yamani jika dia suka berdusta lagi sombong, yang menipu manusia dengan lintasan Planet Api, yang terjadi di zamanku dan kalian pada umat ini, atau laknat Allah ke atas orang yang menolak lagi sombong untuk mengikuti peringatan Al-Quran, siapakah yang dapat menyelamatkan kalian dari azab di hari yang tandus
?

Maka ambillah iktibar dan pelajaran wahai sekalian muslim, dari azab pertempuran kecil (At-Tanaawusy), sama ada gempa bumi yang banyak kali memberikan peringatan, yang mungkin sahaja tidak dapat dilaporkan kesemuanya oleh chanel saluran satelit kecuali hanya sedikit, atau gempa bumi menghancurkan yang diumumkan oleh saluran-saluran berita, atau lautan yang meluap (tsunami), asteroid, letusan gunung berapi, atau petir-petir halilintar yang Allah timpakan kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dia jauhkan bencana itu dari sesiapa yang dikehendaki-Nya, atau pecahan-pecahan dari gunung berupa ketulan-ketulan hujan batu, maka Allah timpakannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan dijauhkan-Nya dari sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Semua itu adalah azab seksaan dari Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan, janganlah kalian menyatakannya sebagai bencana alam semulajadi sebagaimana perkataan orang-orang kafir; demikian lebih baik bagi kalian. Janganlah kalian mengingkari bahawa Allah-lah yang menguasai seluruh alam malakut, Maha Suci Dia dari perkara yang mereka sekutukan, Dia Maha Luhur, Maha Tinggi lagi Maha Besar
!


وأُذكّر المؤمنين بأمر الله إليهم في محكم القرآن العظيم في عصر بعث المهديّ المنتظَر ناصر محمد اليماني ونحذّر قادات أحزابهم وأتباعهم من عاقبة رفض أمر الله إليهم بتوقيف الحروب بين المؤمنين وأن يدخلوا في السلم كافةً لحقن دماء المسلمين وتوحيد صفّهم. تصديقاً لأمر الله في محكم كتابه القرآن العظيم في قول الله تعالى:
{وَإِذَا قِيلَ لَهُ اتَّقِ اللَّهَ أَخَذَتْهُ الْعِزَّةُ بِالْإِثْمِ ۚ فَحَسْبُهُ جَهَنَّمُ ۚ وَلَبِئْسَ الْمِهَادُ (206) وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ (207) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ (208) فَإِن زَلَلْتُم مِّن بَعْدِ مَا جَاءَتْكُمُ الْبَيِّنَاتُ فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (209)} صدق الله العظيم [البقرة].

Aku peringatkan orang-orang beriman dengan perintah Allah kepada mereka dalam muhkam Al-Quran di era perutusan Al-Mahdi Al-Muntadhar Naser Mohammed Al-Yamani, dan aku beri ancaman kepada para pemimpin kelompok partai beserta para pengikut mereka, dari akibat buruk jika menolak perintah Allah kepada mereka, agar mereka menghentikan peperangan antara orang-orang beriman, dan masuk ke dalam agama Islam secara kaffah, untuk mencegah dari terjadinya pertumpahan darah kaum muslimin dan untuk menyatukan barisan mereka.

Pembenaran terhadap perintah Allah dalam muhkam kitab-Nya Al-Quran, pada firman Allah Ta'ala:

Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertakwalah kepada Allah", bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka Jahannam. Dan sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya.

Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Maha Benar Allah
(Al-Baqarah)



اللهم قد بلغت اللهم فاشهد، وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..

Ya Allah, sesungguhnya telah ku sampaikan, ya Allah saksikanlah, salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

أخوكم الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني.

Saudara kalian, Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani.

_______________

sumber:
https://nasser-alyamani.org/showthread.php?t=29435