الموضوع: Apakah perbezaan antara Golongan Kanan dan Golongan Al Muqorrabuun As Saabiquun?

النتائج 1 إلى 1 من 1
  1. افتراضي Apakah perbezaan antara Golongan Kanan dan Golongan Al Muqorrabuun As Saabiquun?


    اقتباس المشاركة 287952 من موضوع Ensiklopedia Soal Jawab Ringkas - Juz 2

    وسأل سائلٌ فقال: ماهو الفرق بين أصحاب اليمين والمقربين السابقين؟
    وأجاب الذي عنده علم الكتاب فقال:

    Seseorang bertanya:
    Apakah perbezaan antara Golongan Kanan dan Golongan Al Muqorrabuun As Saabiquun
    ?
    Al Imam Al Mahdi menjawab:



    بسم الله الرحمن الرحيم
    إنّ القُرآن يشرح في هذا الموضع ثلاثة أصناف وهم: أصحاب اليمين و أصحاب الشمال و السابقون المُقربون، ثُمّ أخبركم بأن المُقربين ثُلَّةٌ من الأولين وهم من أتباع الرُسل في بداية دعوتهم فصدّقوا ونصروا وأنفقوا في سبيل الله وأدّوا ما فرضه الله عليهم، ومن ثُمّ تزودوا بنوافل الأعمال الغير مفروضة فسارعوا في فعل الخيرات وتنافسوا وابتغوا إلى ربّهم الوسيلة أيّهم أقرب إلى الله فأحبّهم الله وقرّبهم، ومنهم من قُتل في سبيل الله، ومنهم من مات على فراشه وأدخلهم الله جنّة النّعيم فور موتهم بغير حسابٍ من قبل يوم الحساب، فلا تُصرف لهم كُتب يوم القيامة وهم ثُلَّةٌ من الأولين من أتباع الرُسل وقليلٌ من الآخرين من التّابعين الآخرين من الذين حذوا حذوَ السّابقين الأخيار وعملوا عملهم وأدخلهم الله جنّته بغير حساب فور موتهم، أولئك الذين أدّوا فرض الزكاة الجبريّة ولهم عشرةُ أمثالها ومن ثُمّ أنفقوا في سبيل الله طوعاً تثبيتاً من أنفسهم وكان الله أكرم منهم فضاعف لهم النّفقة الطوعية بسبعمائة ضعف، وكذلك يضاعف الله فوق ذلك لمن يشاء.

    Sesungguhnya Al Qur’an menerangkan tentang perkara ini, tiga golongan, mereka adalah: Ashaab Al Yamiin -Golongan Kanan-, Ashaab Asy Syimaal -Golongan Kiri- dan As Saabiquun Al Muqorrabuun -Golongan Pendahulu Yang Beriman Lagi Didekatkan-, kemudian Al Qur’an memberitahukan kepada kalian, bahawa golongan yang didekatkan -Al Muqorrabuun- itu merupakan segolongan besar dari kalangan orang-orang terdahulu.

    Mereka adalah para pengikut rasul-rasul pada permulaan seruan dakwah, mereka membenarkan dan membantu para rasul, mereka menginfaqkan harta benda mereka di jalan Allah, mereka menunaikan kewajiban yang ditetapkan oleh Allah ke atas mereka, kemudian mereka melengkapi diri mereka dengan bekalan amalan-amalan sunat (nawaafil) yang tidak diwajibkan, mereka bersegera melaksanakan amal perbuatan baik dan saling berlomba-lomba mencari jalan -Al Wasiilah- kepada Tuhan, siapa di antara mereka yang lebih dekat dengan Allah, maka Allah mencintai mereka dan mendekatkan mereka dengan Diri-Nya.

    Ada antara mereka yang syahid di jalan Allah, ada pula antara mereka yang meninggal di tempat tidurnya, Allah langsung memasukkan mereka ke dalam syurga Firdaus sebaik sahaja mereka meninggal tanpa hisab sebelum Hari Perhitungan, kitab-kitab catatan tidak diedarkan kepada mereka pada Hari Kiamat, mereka adalah segolongan besar dari kalangan orang-orang terdahulu yang mengikuti para rasul, dan segolongan kecil dari kalangan orang-orang terkemudian, para pengikut terakhir yang mengikuti jejak langkah para pendahulu yang baik.

    Mereka melakukan amal perbuatan para pendahulu mereka yang baik, maka Allah memasukkan mereka ke dalam syurga-Nya tanpa hisab sebaik sahaja mereka meninggal, mereka itulah orang-orang yang menunaikan zakat wajib dan bagi mereka balasan sepuluh kali ganda, lalu mereka menginfaqkan hanta benda mereka di jalan Allah secara sukarela dan ditetapkan oleh diri mereka sendiri, sesungguhnya Allah lebih dermawan dari mereka lantas Allah melipat gandakan bagi mereka atas pemberian sukarela yang mereka lakukan sebanyak tujuhratus kali lipat, demikian juga Allah melipat gandakan lagi melebihi yang demikian bagi sesiapa yang Allah kehendaki.



    وأمّا أصحاب اليمين فهم الذين يؤدّون الأعمال المفروضة ولم يزيدوا على ذلك ورضي الله عنهم ولكنهم لم يتقرّبوا إلى ربهم بنوافل الأعمال الصالحة قُربةً إلى الله لكي ينالوا محبّته إضافةً إلى رضوانه كما فعل المُقرّبون، ولذلك لم يَنَلْ أصحاب اليمين إلّا رضوان الله عليهم نظراً لأنهم أدّوا ما فرضه الله عليهم كمثل فرض الزكاة الجبريّة؛ أدّوها وكتب الله لهم أجر عشرة أمثالها، ولكنهم لم يتقرّبوا إلى الله بالإنفاق في سبيل الله والصدّقات قُربةً إلى الله ولذلك لم ينالوا إلّا رضوانه فكتبهم الله من أصحاب اليمين، ولكنهم لا يدخلون الجنّة إلّا بعد أن تُعطى لهم كُتبهم ولذلك يُسمَّون أصحاب اليمين لأنها تُعطى لهم كُتبهم بأيديهم اليُمنى، وهم ثُلَّةٌ من الأولين المؤمنين من الذين آمنوا في عصر الرُسل وثُلَّةٌ من الآخرين من الذين اتّبعوهم بالإيمان بالحقّ من بعدهم ولم يفعلوا إلّا كفعل الذين من قبلهم من أصحاب اليمين فلم يؤدّوا إلّا الأعمال الجبريّة عليهم ولم يتقرّبوا بنوافل الأعمال الخيريّة وحاسبوا الله وحاسبهم بعملهم.

    Adapun Ashaab Al Yamiin -Golongan Kanan-:
    Maka mereka adalah orang-orang yang menunaikan kewajiban mereka dan mereka tidak menambahkannya, semoga Allah meredhai mereka, namun mereka tidak mendekatkan diri kepada Tuhan dengan amal perbuatan baik yang sunat, semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah agar mereka mendapatkan cinta-Nya sebagai tambahan pada redha-Nya, sebagaimana yang dilakukan oleh Golongan Yang Didekatkan -Al Muqarrabuun-.

    Oleh kerana itu Golongan Kanan tidak mendapatkan selain keredhaan Allah ke atas mereka, disebabkan mereka hanya menunaikan perkara wajib yang Allah tetapkan ke atas mereka, semisal membayar zakat wajib; mereka menunaikannya dan Allah mencatatkan bagi mereka ganjaran pahala sepuluh kali ganda, akan tetapi mereka tidak mendekatkan diri kepada Allah dengan berinfaq di jalan Allah dan bersedekah, yang semata-mata bertujuan untuk mendekatkan diri kepada-Nya, kerana itu mereka tidak mendapatkan selain keredhaan-Nya, maka Allah menetapkan mereka termasuk Golongan Kanan.

    Akan tetapi mereka tidak masuk syurga melainkan setelah diberikan kepada mereka kitab-kitab catatan amal perbuatan mereka, sebab itu mereka dinamakan Golongan Kanan, kerana kitab-kitab catatan amal perbuatan itu diberikan kepada mereka di tangan kanan mereka, mereka adalah segolongan besar dari kalangan orang-orang terdahulu yang beriman di era perutusan rasul-rasul, dan segolongan besar dari kalangan orang-orang terkemudian yang mengikuti para rasul dengan beriman terhadap kebenaran setelah mereka, dan mereka tidak berbuat kecuali sebagaimana perbuatan orang-orang yang sebelum mereka dari kalangan golongan kanan.

    Mereka tidak menunaikan selain amal perbuatan yang diwajibkan ke atas mereka, mereka tidak mendekatkan diri kepada Tuhan dengan amal perbuatan sunat, mereka menjaga tanggungjawab mereka dengan Allah, maka Allah memperhitungkan mereka dengan amal perbuatan mereka.



    وأمّا أصحاب الشمال فهم الذين تُصرف لهم كُتبهم بأيديهم الشمال وهم الذين لم يطيعوا الله ولا رسُله، والجميع يُحاسبون؛ أصحاب اليمين وأصحاب الشمال مع اختلاف النتائج. تصديقاً لقول الله تعالى: { فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ ﴿٧﴾ فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا ﴿٨﴾ وَيَنقَلِبُ إِلَىٰ أَهْلِهِ مَسْرُورًا ﴿٩﴾ وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ وَرَاءَ ظَهْرِهِ ﴿١٠﴾ فَسَوْفَ يَدْعُو ثُبُورًا﴿١١﴾ وَيَصْلَىٰ سَعِيرًا ﴿١٢﴾ } صدق الله العظيم [الانشقاق]

    Adapun Ashaab Asy Syimaal -Golongan Kiri-:
    Maka mereka adalah orang-orang yang diedarkan kitab-kitab catatan amal perbuatan mereka di tangan kiri mereka, mereka adalah orang-orang yang tidak mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka semua akan diperhitungkan; Golongan Kanan dan Golongan Kiri, dengan hasil keputusan yang berbeza antara keduanya.

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta’ala:

    Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, (7) maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah, (8) dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira. (9) Adapun orang-orang yang diberikan kitabnya dari belakang, (10) maka dia akan berteriak: "Celakalah aku". (11) Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka). (12)
    Maha Benar Allah
    [Al Insyiqaaq]



    وبيّن الله هذا التمييز لكي يختار المُسلم من أيِّ صنفٍ يكون، فإن كان لا يُريد إلّا أن يكون من أصحاب اليمين فلم يؤدِّ إلّا ما فرضه عليه وحسبه ذلك فوعده الله بالجنّة وأخّر دخوله إلى يوم يقوم النّاس لربّ العالمين.

    Allah menjelaskan perbezaan ini supaya umat Islam memilih dari golongan manakah dia akan berada, sekiranya dia tidak ingin kecuali untuk menjadi Golongan Kanan, maka dia tidak menunaikan selain perkara yang diwajibkan ke atasnya dan dia merasa cukup dengan itu, maka Allah menjanjikannya dengan syurga-Nya, dan dia diakhirkan untuk masuk ke syurga sehingga hari manusia berdiri di hadapan Tuhan Semesta Alam.


    وإنّ الفرق لعظيم بين أصحاب اليمين والمُقرّبين السابقين إلى الجنّة من قبلهم
    ، وذلك لأن المُقرّبين يدخلون الجنّة بغير حساب قبل يوم الحساب فور موتهم، أولئك الذين باعوا لله أنفسهم وأموالهم وجاهدوا في سبيل الله لإعلاء كلمة الله أولئك يتحوّلون بقدرة الله إلى ملائكة من البشر من بعد موتهم أحياء عند ربهم يرزقون فور موتهم أو مقتلهم في سبيل الله فيُزوّجهم بحورٍ كأنَّهُنّ الياقوت والمرجان، وينشئ الله منهم الحور العُرب الأتراب كأمثال اللؤلؤ المكنون فيزوجهُنّ الله للرجال من أصحاب اليمين، وكذلك وينشئ الله منهم الولدان المُخلّدون وهم الغِلمان من أولادهم كأمثال اللؤلؤ المّكنون تصديقاً لقول الله تعالى: { وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ غِلْمَانٌ لَّهُمْ كَأَنَّهُمْ لُؤْلُؤٌ مَّكْنُونٌ ﴿٢٤﴾ } صدق الله العظيم [الطور]

    Sesungguhnya perbezaannya sangat besar antara Golongan Kanan dan Golongan Yang Didekatkan, yaitu para pendahulu ke syurga sebelum mereka, demikian ini kerana Golongan Yang Didekatkan akan masuk ke syurga tanpa hisab sebelum Hari Perhitungan sebaik sahaja mereka meninggal, mereka itulah orang-orang yang telah menjual diri mereka, harta benda mereka dan berjuang di jalan Allah untuk meninggikan kalimah Allah, mereka adalah orang-orang yang berubah bentuk kepada malaikat dari manusia dengan kekuasaan Allah setelah mereka meninggal dunia.

    Mereka tetap hidup di sisi Tuhan mereka mendapatkan rezeki sebaik sahaja mereka meninggal atau terbunuh di jalan Allah, maka Allah memberikan pasangan isteri kepada mereka dengan bidadari-bidadari, seakan-akan bidadari itu permata dan mutiara Yakut dan Marjan, lalu Allah menciptakan dari mereka bidadari yang penuh cinta lagi sebaya umurnya -‘uruban atraaban- mereka laksana mutiara yang tersimpan rapi, lalu Allah menjadikan mereka sebagai isteri-isteri kepada para lelaki Golongan Kanan.

    Demikian juga Allah menciptakan pula dari mereka anak-anak muda yang tetap muda -wildaanun mukholladun-, yaitu para remaja dari anak-anak mereka, laksana mutiara yang terjaga dengan baik, pembenaran terhadap firman Allah Ta’ala:

    Dan berkeliling di sekitar mereka anak-anak muda untuk (melayani) mereka, seakan-akan mereka itu mutiara yang tersimpan. (24)
    Maha Benar Allah
    [Ath Thuur]



    فأمّا الطّيبات وهُنّ الحور العين من ذُريات السابقين فإنه يزوجهُنّ للطّيبين من الذكور من أصحاب اليمين، وأما الولدان المُخلّدون وهُم ذاتهم الغِلمان المُخلّدون من ذُريات السابقين فإنه يزوجهم للطّيبات من أهل اليمين، تصديقاً لقول الله تعالى: { وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ } صدق الله العظيم [النور:26]

    Adapun Ath Thoyyibaat -wanita-wanita yang baik- sedang mereka adalah para bidadari
    dari keturunan Para Pendahulu -As Saabiquun-, maka Allah menjadikan mereka sebagai isteri kepada Ath Thoyyibuun -Laki-laki Yang Baik- dari kalangan lelaki Golongan Kanan.

    Adapun Wildaan Mukholladun -anak-anak muda yang tetap muda- sedang mereka adalah para remaja yang kekal remaja dari keturunan As Saabiquun Al Muqorrabun -Para Pendahulu Yang Didekatkan-, maka Allah menjadikan mereka sebagai pasangan kepada Ath Thoyyibaat –wanita-wanita yang baik- dari Golongan Kanan.

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta’ala:

    dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
    Maha Benar Allah
    [An Nuur]


    وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله رب العالمين..
    خليفة الله الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

    Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

    Khalifah Allah Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani

    https://nasser-alyamani.org/showthread.php?p=4096
    اضغط هنا لقراءة البيان المقتبس..

المواضيع المتشابهه
  1. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 05-06-2016, 09:10 AM
  2. Mengenai Golongan Yang Selamat..
    بواسطة أبو عزرا في المنتدى Melayu
    مشاركات: 2
    آخر مشاركة: 12-05-2016, 07:54 AM
  3. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 14-06-2015, 04:39 PM
  4. الفرقة الناجية - Golongan Yang Selamat
    بواسطة أبو عزرا في المنتدى Melayu
    مشاركات: 2
    آخر مشاركة: 27-09-2014, 11:35 AM
  5. Perbezaan Antara Syura Dan Demokrasi..
    بواسطة أبو عزرا في المنتدى Melayu
    مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 15-04-2014, 11:43 AM
ضوابط المشاركة
  • لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
  • لا تستطيع الرد على المواضيع
  • لا تستطيع إرفاق ملفات
  • لا تستطيع تعديل مشاركاتك
  •